BTC USD 75,649.4 Gold USD 4,330.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ahmad Zahid Rakam Penghargaan Kepada Ayob Khan Atas jasa, Pengorbanan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,134
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,134
Reaction score
346
Points
141

Ahmad Zahid Rakam Penghargaan Kepada Ayob Khan Atas jasa, Pengorbanan​

01d22e3fd79e42ac68dfd47668aee4986a65e14bf3007

Kredit: FB - Zahid Hamidi

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay yang akan bersara secara rasmi esok.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Ahmad Zahid mengucapkan terima kasih atas segala khidmat bakti dan pengorbanan Ayob Khan sepanjang hampir 35 tahun mencurahkan jasa kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan negara.

“Saya mendoakan semoga Tan Sri sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta terus diberikan ruang untuk menyumbang pengalaman dan kebijaksanaan kepada negara walau dalam apa jua peranan selepas ini.

“Selamat melangkah ke fasa baharu kehidupan bersama keluarga tercinta. Saya mendoakan semoga segala jasa dan pengorbanan Tan Sri mendapat ganjaran yang sebaik-baiknya di sisi Allah SWT,” katanya.

Ayob Khan dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada 23 Jun 2023 selepas menggalas pelbagai jawatan penting dalam PDRM, antaranya sebagai Ketua Polis Johor, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik serta Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Susulan persaraannya, Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Seri Ibrahim Darus dilantik sebagai Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara berkuat kuasa hari ini.

 
Back
Top
Log in Register