BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ahmad Zahid Rakam Penghargaan Buat Wira TLDM Sempena Ulang Tahun Ke-92

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,137
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,137
Reaction score
346
Points
141
7ae13c28dcfa7bb62427d324c6f3817269ef5ae0db803

fb Zahid Hamidi

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas pengorbanan dan khidmat bakti seluruh warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), yang tidak pernah mengenal erti lelah dalam menjaga keamanan perairan negara.

Bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun ke-92 TLDM hari ini, beliau menyifatkan pasukan keselamatan itu sebagai wira negara yang sentiasa siap siaga mempertahankan keselamatan dan kedaulatan perairan tanah air.

Ahmad Zahid berkata dedikasi, disiplin dan semangat juang yang ditunjukkan oleh setiap anggota dan pegawai TLDM sentiasa menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia.

“Selamat Ulang Tahun ke-92 saya ucapkan.

“Semoga TLDM terus kekal sebagai angkatan laut yang berwibawa, disegani dan sentiasa bersedia mempertahankan kedaulatan negara, insya-Allah,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.

 
Back
Top
Log in Register