Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,760
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,760
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil ketika ditemui media pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi bagi Bulan Februari di Menara Komunikasi hari ini. Turut kelihatan Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching (kiri) dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Abdul Halim Hamzah (kanan).
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil merakamkan penghargaan kepada Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia Datuk Suhaimi Sulaiman yang akan menamatkan perkhidmatan pada 22 Feb ini, selepas hampir tiga tahun menerajui jabatan berkenaan.
Bercakap kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi di sini, Fahmi berkata beliau amat berbangga dengan sumbangan serta pembaharuan dibawa Suhaimi di Radio Televisyen Malaysia (RTM) sepanjang tempoh tersebut.
“Saya ambil kesempatan untuk mengumumkan secara rasmi bahawa Suhaimi akan tamat perkhidmatan pada 22 Feb ini.
“Setelah lebih kurang tiga tahun beliau berkhidmat, saya amat berbangga dengan hasil kerja serta kreativiti yang telah beliau bawakan kepada Jabatan Penyiaran Malaysia, termasuk beberapa pencapaian yang bagi saya tidak boleh kita lupakan,” katanya.
Fahmi berkata cabaran landskap media masa kini yang menyaksikan perubahan corak tontonan memerlukan anjakan pemikiran dalam organisasi penyiaran, namun situasi mencabar itu berjaya dihadapi serta ditangani Suhaimi.
“Kita berdepan dengan realiti demografi pada hari ini iaitu golongan penonton tidak lagi menonton televisyen semata-mata tapi melihat kandungan dalam telefon bimbit. Jadi memang satu keadaan yang sangat mencabar terutama bagi Jabatan Penyiaran.
“Saya lihat Suhaimi telah sedikit sebanyak berjaya mula mengalihkan cara pemikiran Jabatan Penyiaran Malaysia kepada perubahan yang sedang berlaku sekarang dengan AI (kecerdasan buatan), dengan media sosial serta pelbagai cabaran termasuk oleh syarikat-syarikat media lain,” katanya.
Fahmi berkata antara pembaharuan dibawa Suhaimi termasuk penubuhan unit Media Digital dan Interaktif (MDI) yang menghimpunkan bakat muda dalam penghasilan kandungan digital, selain memperluas kehadiran RTM di platform media sosial seperti TikTok.
“Dari segi format berita, kita telah menyaksikan perubahan agak drastik, iaitu ada rangkuman berita yang bermula pada 7.44 malam setiap hari.
Fahmi Rakam Penghargaan Kepada Suhaimi
Fahmi Fadzil, Suhaimi Sulaiman, Jabatan Penyiaran