BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perlis Rakam Penghargaan Kepada KPKM Atas Peruntukan Pembangunan Sektor Pertanian

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80
529d9301c8505beb5f1fa2c3de81045869e4d933a18f3

Abu Bakar Hamzah

Kerajaan Negeri Perlis merakamkan penghargaan kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) atas peruntukan berjumlah RM18.9 juta bagi tempoh 2024 hingga tahun ini.

Menteri Besar Abu Bakar Hamzah berkata peruntukan tersebut untuk pembangunan sektor pertanian di negeri itu melalui Program Pengukuhan Keterjaminan Makanan dan Program Pemerkasaan Agromakanan Negara.

Beliau berkata sokongan berterusan kementerian itu amat signifikan dalam memperkukuh agenda pembangunan agromakanan negeri secara menyeluruh.

“Diharapkan semua pihak dapat terus berdamping, memahami keperluan sasaran serta memberi perkhidmatan secara cepat dan berkesan bagi memastikan kesejahteraan setiap isi rumah sentiasa diambil perhatian,” katanya.

Abu Bakar berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Perlis Agrofest 2026 yang disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail di Sungai Batu Pahat, dekat sini malam tadi.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Lailatul Shahreen Akashah Khalil turut berangkat ke majlis itu.

Perlis Agrofest berlangsung tiga hari bermula semalam, diadakan sebagai inisiatif strategik dalam memperkukuh pembangunan sektor pertanian, penternakan dan industri agromakanan di negeri itu.

 
Back
Top
Log in Register