BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peruntukan KPKM Harus Ditambah Seiring Dengan Prestasi - PM Anwar

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146

Peruntukan KPKM Harus Ditambah Seiring Dengan Prestasi - PM Anwar​

c7238eba259b516685e7c5cfcf52b9ee6a9d039cf0cf9

84e1bdd84b5762119afe70eaf81c277d6a9d03b22f57a

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutupan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) hari ini.

- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA SERDANG, Sept 6 -


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan bayangan bahawa peruntukan untuk Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan ditambah dalam Belanjawan 2027, seiring dengan prestasi cemerlang kementerian berkenaan yang membanggakan tahun ini.

Beliau berkata komitmen itu juga selaras dengan peranan KPKM sebagai tonggak utama dalam memperkasakan sektor pertanian di negara ini.

“Sebab Kerajaan MADANI memberikan tumpuan khas kegiatan perkembangan program kementerian ini dan perkara yang digesa oleh Datuk Seri Mohamad Sabu saya fikirkan (ketika) merangka belanjawan bulan Oktober ini.

"Sekadar perbincangan awal kita … saya sebutkan tadi beberapa tonggak dan ikhtiar baharu kementerian dan prorgam pertanian ini masih merupakan fokus dan saya percaya peruntukan itu harus ditambah sesuai dengan prestasi yang membanggakan," kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutupan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan (MAHA) 2026 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini, hari ini.

Yang turut hadir ialah Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amiruddin Shari, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Isham Ishak.

Anwar berkata beliau tidak mempunyai sebarang halangan untuk meningkatkan dana bantuan kepada kementerian itu memandangkan langkah berkenaan akan memberikan faedah dan manfaat secara langsung kepada golongan petani, pesawah, peladang serta nelayan.

Bagaimanapun, Perdana Menteri mengingatkan agar pertambahan peruntukan tersebut disusuli dengan tatakelola yang ketat, cermat dan berintegriti bagi mengelakkan sebarang ketirisan atau kebocoran dana.

Dalam pada itu, Anwar turut memuji kejayaan penganjuran MAHA 2026 yang mencatat pencapaian luar biasa dan rekod kehadiran tertinggi dalam sejarah, sekali gus membuktikan minat serta tumpuan mendalam rakyat terhadap sektor pertanian negara.

 
Back
Top
Log in Register