BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Anwar Arah KPKM Segera Sediakan Langkah Mitigasi Hadapi Super El Nino

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

PM Anwar Arah KPKM Segera Sediakan Langkah Mitigasi Hadapi Super El Nino​

7db133570156c3b5520f8d232c65fd066a576aa8e857c

kredit FB Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) segera menyediakan langkah mitigasi bagi menghadapi fenomena Super El Nino yang diramal melanda Malaysia bermula November ini.

Beliau berkata langkah itu penting bagi mengurangkan impak fenomena berkenaan terhadap pengeluaran makanan negara, selain memastikan komuniti petani terus dilindungi.

Anwar menerusi hantaran di Facebook berkata perkara itu antara yang dibincangkan ketika beliau mempengerusikan Mesyuarat Majlis Keterjaminan Makanan Negara Bilangan 1 Tahun 2026 hari ini.

Selain itu, Perdana Menteri berkata mesyuarat itu membincangkan isu kerjasama sektor perikanan dengan Kerajaan Thailand.

“Saya mengarahkan KPKM untuk memuktamadkan perkara ini dengan segera melalui saluran yang sewajarnya, tanpa berkompromi terhadap piawaian keselamatan dan kualiti makanan.

"Libat urus berterusan juga mesti dilaksanakan bersama komuniti nelayan agar produk mereka dapat memenuhi piawaian ditetapkan,” katanya.

Anwar berkata mesyuarat berkenaan turut meneliti agenda memperkukuh daya saing sektor agromakanan negara bagi menjamin keterjaminan makanan serta meningkatkan kesejahteraan petani, pesawah, penternak dan nelayan.

Beliau berkata kerajaan akan terus memperkukuh sektor agromakanan melalui penggunaan teknologi, inovasi serta amalan terbaik bagi memastikan pengeluar tempatan terus berdaya saing, sekali gus menjamin bekalan makanan negara demi kesejahteraan rakyat.

 
Back
Top
Log in Register