BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

667 Aset JBPM Siap Siaga Hadapi "Super El Nino"

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

667 Aset JBPM Siap Siaga Hadapi "Super El Nino"​

44af6e7f505ae67602b7645cd739b5ba6a50ceea982b1

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Seri Nor Hisham Mohammad

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengatur gerak 667 aset di seluruh negara sebagai persediaan menghadapi kemungkinan impak fenomena cuaca ekstrem Super El Nino yang dijangka melanda Malaysia menjelang awal tahun depan.

Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Nor Hisham Mohammad berkata semua pengarah JBPM negeri telah diarahkan menyusun serta menempatkan aset secara strategik di kawasan berisiko tinggi, khususnya di negeri-negeri utara Semenanjung dan Pantai Timur Sabah.

"JBPM telah membuat persiapan dan saya sendiri telah berjumpa secara khusus kepada ketua-ketua zon di seluruh negara untuk mengambil maklum mengenai persiapan awal, sebelum kita mula menghadapi impak Super El Nino pada Januari hingga April tahun depan.

"Setakat ini, tiada impak lagi sebab Super El Nino akan berlaku di (Lautan) Pasifik. Kalau betul jangkaan pada November dan Disember, ia akan sampai ke Malaysia pada Januari, dan selalunya kawasan utara seperti Perlis dan Kedah akan kering menyebabkan jerami atau belukar mudah terbakar," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Bicara Governans, Integriti dan Antirasuah (BiGIAR) 2026 di Auditorium Dahlia, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.

Beliau berkata kawasan utara seperti Perlis dan Kedah dijangka berdepan keadaan lebih kering, sekali gus meningkatkan risiko kebakaran jerami dan belukar, manakala Pantai Timur Sabah diramal mengalami penurunan ketara taburan hujan pada Mac hingga April tahun depan.

Bagi menghadapi situasi itu, Nor Hisham berkata JBPM merancang menggerakkan jentera tangki air ke 183 lokasi kritikal, selain mengoptimumkan penggunaan lebih 600 pam mudah alih, dan memperkukuh logistik udara menerusi 10 helikopter yang dijangka bersedia menjelang Disember ini.

Beliau berkata JBPM turut memperkukuh kerjasama dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Perhutanan bagi mempercepat operasi pemadaman serta mempertingkat penguatkuasaan terhadap pembakaran terbuka.

"Jika berlaku gangguan bekalan atau tekanan air rendah, Pusat Kawalan JBPM akan membekalkan air ke kawasan kritikal serta mengatur gerak jentera dari zon lain lebih awal tanpa menunggu keadaan menjadi lebih serius," katanya.

 
Back
Top
Log in Register