BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JBPM Tingkat Kesiapsiagaan Hadapi Gelombang Haba, Kebakaran Hutan Susulan El Nino

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

JBPM Tingkat Kesiapsiagaan Hadapi Gelombang Haba, Kebakaran Hutan Susulan El Nino​

ca7f71837fa3c91ba5f5f1b12954b1b46a1a60f745ac0

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Datuk Seri Nor Hisham Mohamad ketika bertemu pengamal media pada Program Qurban Kasih Jabatan Bomba dan Penyelamat 2026 di Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya hari ini.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memperkukuh persediaan menghadapi gelombang haba serta kebakaran hutan susulan jangkaan cuaca kering yang sedikit luar biasa tahun ini berikutan fenomena El Nino.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Nor Hisham Mohammad berkata pihaknya telah mengadakan pertemuan khas dengan semua pengarah bomba negeri dua minggu lepas bagi memastikan persediaan tahun ini lebih teliti dan rapi berbanding tahun sebelumnya.

"Persiapan memang kita dah buat dengan teliti. Alhamdulillah, tahun lepas juga kita telah melengkapkan perolehan, antaranya 70 kenderaan kompak yang banyak digunakan dalam kebakaran baru-baru ini, selain 80 pam tambahan atau portable pump untuk persediaan yang lebih rapi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Program Qurban Kasih JBPM 2026 yang disempurnakan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu, di sini hari ini.

Nor Hisham berkata antara penekanan utama JBPM ketika menghadapi kebakaran hutan ialah memperkukuh pelaksanaan Arahan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) 01 dalam pengurusan bencana.

Beliau berkata dua aspek kritikal diberi tumpuan ialah mobilisasi pam berkapasiti besar sekiranya terdapat sumber bekalan air dan penggunaan jengkaut atau jentera berat bagi mewujudkan pemisah api jika bekalan air tidak mencukupi.

"Dalam masa yang sama, kita juga telah memaklumkan kepada pihak NADMA supaya penguatkuasaan rondaan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan pejabat daerah diteruskan dari semasa ke semasa bagi mengelakkan pembakaran terbuka sesuka hati," katanya.

Mengulas jangkaan kebakaran hutan tahun ini berbanding tahun lepas, beliau berkata berdasarkan situasi El Nino di Pasifik, ramalan dan bacaan semasa menunjukkan keadaan tidak terlalu kritikal.

"Persiapan dari segi jangkaan itu tidak terlalu kritikal, cuma meningkat sedikit sahaja. Kemungkinan besar, dari semasa ke semasa, MetMalaysia (Jabatan Meteorologi Malaysia) akan mengeluarkan lokasi atau negeri tertentu yang perlu diberi tumpuan," katanya.

 
Back
Top
Log in Register