BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Syabas! Wira, Wirawati Malaysia Atas Prestasi Membanggakan - PM Anwar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,162
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,162
Reaction score
346
Points
141

Syabas! Wira, Wirawati Malaysia Atas Prestasi Membanggakan - PM Anwar​

2de5b6fccc619d3b0c2e3663e065d86c6a705c68dd4d3

85da3ccbcf2b1bbc95d06ffce250cdf36a705cb77ac79

17761829b4d0823d64b2c0eff7576c6e6a705d198de12

Pemenang pingat emas kontinjen Malaysia di Sukan Komanwel Glasgow 2026.

Barisan atas dari kiri: Mohamad Aniq Kasdan (Angkat Berat - Lelaki 60kg); Muhamad Aznil Bidin (Angkat Berat - Lelaki 65kg); Muhammad Hafizuddin Roslin (Angkat Berat - Lelaki 88kg) dan Muhammad Erry Hidayat (Angkat Berat - Lelaki 79kg),

Barisan bawah dari kiri: Muhamad Syahmi Nor Ghazali (Angkat Berat - Lelaki 94kg); Datuk Abdul Latif Romly (Olahraga Para - Lompat Jauh Lelaki T20); Datuk Mohd Azizulhasni Awang (Berbasikal Trek - Keirin Lelaki) dan Amir Daniel Abdul Majeed (Judo - Lelaki 81kg).


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada seluruh kontinjen Malaysia atas semangat juang dan prestasi membanggakan yang dipamerkan pada Sukan Komanwel Glasgow 2026.

Menerusi hantaran di Facebook malam ini, beliau turut merakamkan penghargaan kepada jurulatih, pegawai, pasukan sokongan serta seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa mendoakan kejayaan kontinjen negara.

"Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh kontinjen Malaysia atas semangat juang yang luar biasa dan prestasi membanggakan yang dipamerkan pada Sukan Komanwel Glasgow 2026.

"Terima kasih kepada jurulatih, pegawai, pasukan sokongan serta seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa mendoakan kejayaan kontinjen negara. Syabas, wira dan wirawati Malaysia," katanya.

Malaysia menamatkan kempen pada Sukan Komanwel Glasgow 2026 dengan pencapaian membanggakan apabila meraih lapan pingat emas, tiga perak dan lima gangsa, sekali gus menduduki tempat ke-10 keseluruhan.

— BERNAMA

 
Back
Top
Log in Register