BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Anwar Zahir Sembah Takziah Atas Kemangkatan Kakanda Sultan Pahang

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

PM Anwar Zahir Sembah Takziah Atas Kemangkatan Kakanda Sultan Pahang​

640d111185a4220f8b747f646edcfd936a8f9aa882716


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan sembah takziah kepada Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta seluruh Kerabat Diraja Pahang atas kemangkatan kakanda baginda, Tengku Puteri Seri Kemala Tengku Datuk Seri Aishah Almarhum Sultan Ahmad Shah, semalam.

Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri mendoakan agar Allah SWT mencucuri rahmat, mengurniakan keampunan serta menempatkan Almarhumah Yang Amat Mulia dalam kalangan para solihin.

Beliau juga mendoakan agar Al-Sultan Abdullah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta seluruh kerabat diraja dikurniakan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi kehilangan yang amat dirasai itu.

Tengku Datuk Seri Aishah mangkat di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada 9.15 malam semalam dan jenazah Almarhumah akan dibawa ke Makam Diraja Pahang, Pekan, hari ini untuk dimakamkan dengan penuh penghormatan dan istiadat.

 
Back
Top
Log in Register