BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar Zahir Ucapan Takziah Pemergian "Bapa MRSM"

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Anwar Zahir Ucapan Takziah Pemergian "Bapa MRSM"​

7562df8b16d3324403b7385d17fbae0a6a8d9256c29cb

Kredit: FB Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga pengasas Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Allahyarham Abdul Wahab Alwi, yang meninggal dunia pagi tadi.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata Allahyarham yang dikenali sebagai “Bapa MRSM” telah memberikan sumbangan besar, dalam sejarah pendidikan negara.

“Sumbangan Allahyarham dalam mencetuskan dan membangunkan gagasan MRSM merupakan satu jasa besar dalam sejarah pendidikan negara, khususnya dalam memperluas peluang pendidikan sains kepada anak-anak bangsa.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampuni segala dosa dan menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang soleh,” kata Anwar.

Perdana Menteri berkata menerusi hasil usaha Abdul Wahab, MRSM berkembang sebagai sebuah institusi yang membentuk ramai anak Malaysia menjadi insan berilmu, berkemahiran dan berjaya dalam pelbagai bidang.

Allahyarham Abdul Wahab meninggal dunia 3 pagi tadi pada usia 84 tahun.

 
Back
Top
Log in Register