BTC USD 76,639.3 Gold USD 4,369.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar Rakam Ucapan Takziah Atas Pemergian Bekas Emir Qatar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141

Anwar Rakam Ucapan Takziah Atas Pemergian Bekas Emir Qatar​

fbc27ae9f6a47f05cd3865ef41fc45926a535de6028cd

Kredit: Laman Facebook Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, kerabat diraja Qatar serta seluruh rakyat negara itu susulan pemergian bapanya, bekas Emir Qatar Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar memberikan penghormatan kepada Sheikh Hamad atas jasa beliau mengubah Qatar menjadi sebuah negara yang berpengaruh pada peringkat global, sepanjang tempoh 18 tahun pemerintahannya sebagai Emir.

Beliau berkata Qatar mencapai kemajuan ekonomi yang luar biasa di bawah kepimpinan Sheikh Hamad, selain muncul sebagai suara yang berpengaruh dalam hal ehwal serantau dan antarabangsa.

“Keputusan baginda pada 2013 untuk menyerahkan kepimpinan negara kepada generasi baharu, merupakan satu tindakan kenegarawanan yang amat luar biasa,” kata beliau.

Anwar menyifatkan Sheikh Hamad sebagai sahabat teguh Malaysia serta tokoh yang disegani di seluruh dunia Islam.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh baginda serta mengurniakan kekuatan dan ketabahan kepada keluarga diraja dan seluruh rakyat Qatar dalam menghadapi saat-saat penuh dukacita ini. Al-Fatihah,” kata Perdana Menteri.

Istana Amiri Qatar mengumumkan bahawa Sheikh Hamad mangkat pagi Ahad pada usia 74 tahun.

Sheikh Hamad memerintah Qatar dari tahun 1995 hingga 2013, sebelum menyerahkan tampuk pemerintahan kepada puteranya Sheikh Tamim.

 
Back
Top
Log in Register