BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Ucap Takziah Atas Pemergian Bekas Ketua Hakim Negara

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,700
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,700
Reaction score
97
Points
80

PM Ucap Takziah Atas Pemergian Bekas Ketua Hakim Negara​

19e99c9ee2a492fee8d84eb888cfe30b6a754439831d3

Tun Mohamed Eusoff Chin

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Eusoff Chin yang meninggal dunia pagi ini.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata Allahyarham telah mencurahkan khidmat yang besar kepada negara khususnya dalam memperkukuh institusi kehakiman sepanjang perjalanan kerjayanya.

"Jasa dan sumbangan beliau akan terus dikenang.

“Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat-Nya serta menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya.

Anwar turut mengakhiri hantaran itu dengan bacaan al-Fatihah sebagai tanda penghormatan kepada Mohamed Eusoff.

Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara di sini.

Mohamed Eusoff telah berkhidmat sebagai Ketua Hakim Negara kedua Malaysia dari September 1994 hingga Disember 2000 dan meninggal dunia pada usia 91 tahun.

 
Back
Top
Log in Register