BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Fahmi Ucap Takziah Atas Pemergian Seorang Petugas Kementerian Komunikasi

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

Fahmi Ucap Takziah Atas Pemergian Seorang Petugas Kementerian Komunikasi​

959c0ab54830818b38708af353348f7b6a89cab254e32

fb Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan rakan seorang petugas kementerian itu, Allahyarham Mohamad Faridzal Reduan yang meninggal dunia hari ini.

Allahyarham merupakan Pembantu Khidmat Am di Bahagian Komunikasi Strategik dan Korporat, Kementerian Komunikasi.

Menerusi hantaran di laman Facebook beliau, Fahmi menyifatkan Mohamad Faridzal sebagai seorang warga kerja yang sangat baik, berdedikasi serta disenangi rakan.

Beliau berkata Mohamad Faridzal pernah ditugaskan bagi membantu pasukan di pejabatnya dan pemergian Allahyarham sangat dirasai serta meninggalkan kesan mendalam terhadap warga kementerian.

“Saya amat sedih menerima khabar pemergian seorang warga Kementerian Komunikasi yang baik, berdedikasi dan disenangi, saudara Mohamad Faridzal Reduan.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampunkan segala dosanya, serta menempatkannya dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register