BTC USD 76,522.5 Gold USD 4,366.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wan Rosdy Zahir Takziah Atas Kemangkatan Kakanda Sultan Pahang

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146

Wan Rosdy Zahir Takziah Atas Kemangkatan Kakanda Sultan Pahang​

0bb0f533d828e580aaece0afbba9bdd46a8f8fac1d20e


Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menzahirkan takziah atas kemangkatan kakanda kepada Sultan Pahang Almarhumah Tengku Puteri Seri Kemala Tengku Datuk Seri Aishah Almarhum Sultan Ahmad Shah, semalam.

Beliau berkata kemangkatan Almarhumah merupakan satu kehilangan besar khususnya kepada Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta Kerabat Diraja Pahang.

“Patik mewakili Kerajaan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang serta seluruh rakyat jelata negeri Pahang, merafak sembah dan menzahirkan ucapan takziahatas kemangkatan paduka kakanda baginda Tuanku.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhumah, mengampuni segala dosa, menerima segala amal ibadah serta menempatkan Almarhumah dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.

Tengku Datuk Seri Aishah mangkat di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada 9.15 malam semalam dan jenazah akan disemadikan di Makam Diraja Pahang, Pekan hari ini.

 
Back
Top
Log in Register