BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pahang Berjaya Noktah Kemiskinan Tegar - Wan Rosdy

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Pahang Berjaya Noktah Kemiskinan Tegar - Wan Rosdy​

c6e0a9f876f7933af5aff9b9080c183468aee7712cc0c

Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail

Statistik Miskin Tegar Negeri Pahang berjaya dinoktahkan pada 19 Feb apabila kesemua 2,913 Ketua Isi Rumah (KIR) yang direkodkan dalam lock figure pada 15 Jan 2026 dikeluarkan daripada status itu.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata Pahang turut berjaya mengurangkan kemiskinan sebanyak 30 peratus apabila 4,263 daripada 14,210 KIR berstatus miskin pada 5 Jun dikeluarkan daripada kelompok itu.

“Penentuan status ini berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2024 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia di bawah Kementerian Ekonomi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Rosdy berkata antara faktor utama kejayaan itu ialah penyampaian pelbagai bentuk bantuan, inisiatif serta intervensi bersasar oleh kerajaan negeri, Kerajaan Persekutuan dan agensi berkaitan selain perubahan pendapatan serta saiz isi rumah.

Beliau berkata kategori miskin tegar merujuk kepada isi rumah yang mempunyai pendapatan per kapita di bawah RM372 sebulan di bandar dan RM345 di luar bandar manakala kategori miskin merujuk kepada kurang daripada RM790 sebulan di bandar dan RM714 di luar bandar.

Selain itu, Wan Rosdy berkata antara faktor mempengaruhi status sebuah keluarga ialah perubahan pendapatan, kehilangan pekerjaan, pertambahan atau pengurangan ahli isi rumah termasuk anak yang berpindah keluar kerana berkahwin atau mendapatkan pekerjaan.

“Pencapaian ini bukan bermakna usaha membasmi kemiskinan telah selesai. Sebaliknya, ia menuntut tindakan, pemantauan dan intervensi berterusan,” katanya.

Wan Rosdy berkata kerajaan negeri akan terus memperkukuh pendekatan mengurangkan kemiskinan bagi memastikan kemakmuran dan kesejahteraan dapat dirasai seluruh rakyat Pahang.

Kerajaan negeri juga akan terus bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan, agensi bantuan, pihak berkuasa tempatan, wakil rakyat dan pemimpin masyarakat bagi memastikan setiap keluarga yang berada dalam kategori miskin dan miskin tegar dalam senarai eKasih terus dibantu mengikut keperluan mereka.

 
Back
Top
Log in Register