BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pahang Peruntuk Lebih RM5 Juta Perkukuh Bidang TVET - Wan Rosdy

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Pahang Peruntuk Lebih RM5 Juta Perkukuh Bidang TVET - Wan Rosdy​

99f18239fbe2eab620cd83070fbbaf626a7d5fcab5227

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berucap pada Majlis Perasmian Sambutan Jubli Emas Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) di Dewan Sri Mahkota POLISAS, Kuantan hari ini.

Kerajaan Pahang memperuntukkan lebih RM5 juta bagi memperkukuh bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) tahun ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau berkata peruntukan itu disalurkan antaranya melalui pembangunan infrastruktur dan kemudahan latihan Pahang Skills, TVET Pahang Talent Development serta pembangunan Akademi Rel Pahang.

"Pendekatan kerajaan negeri mudah, kita tidak mahu tunggu peluang datang baru hendak sediakan tenaga kerja, kita mahu sediakan bakat terlebih dahulu.

"Apabila pelaburan masuk, industri berkembang dan peluang pekerjaan terbuka, anak-anak Pahang sudah bersedia untuk mengisinya," katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Jumli Emas 50 Tahun Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) di sini hari ini.

Wan Rosdy berharap POLISAS yang telah ditubuhkan sejak 1976 dan melahirkan 60,000 graduan terus menjadi antara rakan strategik kerajaan negeri dalam membangunkan ekosistem TVET Pahang.

"Pada masa sama, hubungan dengan industri juga perlu diperkukuh. Kita mahu apa yang dipelajari di dalam kelas benar-benar boleh digunakan apabila graduan masuk ke alam pekerjaan," katanya.

Sementara itu, Wan Rosdy ketika ditemui pemberita berkata beliau berharap kerajaan Persekutuan dapat memberikan pertimbangan istimewa kepada Pahang menerusi Belanjawan 2027 dengan mengambil kira keluasan negeri yang memerlukan peruntukan pembangunan lebih besar.

Beliau berkata keutamaan bukan hanya melibatkan pembangunan infrastruktur seperti jalan raya dan kesihatan, sebaliknya perlu merangkumi pelbagai bidang yang memberi manfaat langsung kepada rakyat.

Mengenai belanjawan negeri, beliau berkata pihaknya menyasarkan beberapa peruntukan melibatkan aspek pendidikan, ekonomi, kebajikan, infrastruktur dan syiar Islam ditambah baik.

 
Back
Top
Log in Register