combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,191
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,191
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Pahang Tingkat Penguatkuasaan Aktiviti Sumber Mineral - Wan Rosdy
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bergambar bersama selepas Majlis Penyampaian Inisiatif Makmur Kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 di Dewan Kompleks Sukan, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Gambang.
Kerajaan Pahang akan mempertingkatkan penguatkuasaan terhadap aktiviti berkaitan sumber mineral bagi memastikan segala operasi berkenaan mematuhi undang-undang.
Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata kerajaan negeri juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang mengabaikan syarat lesen, permit dan kelulusan ditetapkan.
"Penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa, termasuk melalui penggunaan teknologi pemantauan dan risikan, bagi memastikan hasil bumi negeri diurus secara teratur, bertanggungjawab serta mengikut peruntukan undang-undang," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Sementara itu, Wan Rosdy berkata beliau telah mengarahkan siasatan menyeluruh dilaksanakan melibatkan aktiviti pemindahan bahan mineral disyaki bijih besi di Raub, semalam.
Beliau berkata hasil risikan termasuk pemantauan menggunakan dron telah mengesan tiga treler yang disyaki membawa bahan mineral keluar dari kawasan perlombongan sebelum ditahan untuk pemeriksaan oleh Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP).
"Semakan mendapati pemandu mengemukakan Borang 13D dan Delivery Order (DO) daripada kelulusan kawasan lain, bagi tujuan pengangkutan bahan mineral," katanya.
Wan Rosdy berkata hasil pemeriksaan lanjut mendapati lokasi stockpile atau simpanan stok bahan mineral yang ditunjukkan oleh pemandu berada di luar kawasan perlombongan yang dibenarkan seperti dinyatakan dalam dokumen dikemukakan.
"Pihak penguat kuasa turut mendapati lokasi stockpile tersebut berada di kawasan yang mempunyai Lesen Pendudukan Sementara (LPS), dan ketiga-tiga pemandu gagal mengemukakan dokumen atau kelulusan yang sah berkaitan lokasi berkenaan," katanya.
Susulan itu, beliau berkata pihak penguat kuasa telah menahan tiga pemandu terbabit untuk membantu siasatan serta menyita tiga treler yang dipercayai digunakan bagi aktiviti pemindahan bahan mineral tersebut.