BTC USD 76,586.2 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peruntukan EFT Pahang Meningkat Kepada RM24.57 Juta Tahun Ini - Wan Rosdy

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141

Peruntukan EFT Pahang Meningkat Kepada RM24.57 Juta Tahun Ini - Wan Rosdy​

ad49c1487cbb1302844bceb30263c8766a75a4624c486

2338a95a9c2f7f4a6255bd8dbc7d67416a75a4761cef6

Kredit: FB - Wan Rosdy bin Wan Ismail

Peruntukan Pindahan Fiskal Ekologi (EFT) yang disalurkan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Pahang meningkat kepada RM24.57 juta tahun ini berbanding RM23.22 juta pada tahun lepas, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau berkata peningkatan peruntukan itu membolehkan kerajaan negeri memperkukuh usaha pemuliharaan hutan di samping melaksanakan pelbagai program yang memberi manfaat kepada rakyat.

“Saya ingin mengambil kesempatan juga untuk mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana mendengar rintihan dan luahan Kerajaan Negeri Pahang mengenai peruntukan EFT,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Pahang bertemakan “Hutan dan Ekonomi” di Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan di sini hari ini.

Wan Rosdy juga berkata mekanisme EFT kini turut memberi lebih fleksibiliti kepada kerajaan negeri apabila sebahagian peruntukan boleh digunakan bagi projek pembangunan dan keperluan lain berbanding sebelum ini yang lebih tertumpu kepada aktiviti pemuliharaan hutan.

Sehubungan itu, beliau berharap Kerajaan Persekutuan dapat meningkatkan lagi peruntukan EFT kepada Pahang agar lebih banyak usaha pemuliharaan biodiversiti, pengukuhan pengurusan kawasan perlindungan dan pembangunan hutan dapat dilaksanakan secara lebih menyeluruh.

Pada masa sama, Wan Rosdy berkata kerajaan negeri kekal komited memelihara kawasan hutan simpan Pahang dengan mengekalkan 57.07 peratus daripada keluasan kira-kira 3.6 juta hektar negeri itu sebagai hutan simpan kekal.

Beliau berkata usaha memelihara khazanah hutan terus menjadi keutamaan dan setiap permohonan pembangunan termasuk melibatkan kawasan hutan akan diteliti berdasarkan syor serta pandangan agensi teknikal berkaitan.

"Kalau sekiranya agensi berkenaan tidak mengesyorkan untuk diluluskan, kerajaan negeri lazimnya akan mengikut syor yang dikemukakan oleh agensi-agensi kerajaan berkaitan dengan sesuatu kelulusan," katanya.

Sementara itu, Wan Rosdy berkata sektor perhutanan Pahang bagi 2025 telah menyumbang sebanyak RM117.7 juta kepada hasil kerajaan negeri melalui premium, royalti, lesen, fi, ses serta pelbagai kutipan hasil hutan termasuk kompaun dan denda.

 
Back
Top
Log in Register