BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MAIPk Peruntuk Lebih RM10 Juta Laksana Program Kemahiran Asnaf TVET

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,188
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,188
Reaction score
346
Points
141

MAIPk Peruntuk Lebih RM10 Juta Laksana Program Kemahiran Asnaf TVET​

051a7930530a5eceffd5f7abedb1a0fc6a54a31c6fcda

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Perak dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Syamsul Hazeman Md Salleh (tengah) bergambar bersama pelajar asnaf pada Majlis Pelepasan Peserta Program Latihan Kemahiran Asnaf TVET-MAIPK Tahun 2026 hari ini.

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) memperuntukkan RM10.9 juta bagi melaksanakan Program Latihan Kemahiran Asnaf Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) melibatkan 1,200 peserta tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk Syamsul Hazeman Md Salleh berkata peruntukan daripada agihan zakat itu bagi membiayai kos latihan kemahiran, pensijilan profesional serta keperluan latihan setiap peserta dari seluruh negeri.

“Program ini mencerminkan komitmen berterusan MAIPk dalam memperkasakan sosioekonomi asnaf melalui pendidikan, latihan kemahiran dan pembangunan modal insan yang berdaya saing.

“Peserta akan mengikuti latihan antaranya pembinaan, minyak dan gas, automasi industri, kimpalan, perkapalan, kesihatan serta sektor perkhidmatan bagi tempoh satu hingga sembilan bulan bergantung pada kursus disertai,” katanya kepada pemberita pada majlis pelepasan 340 peserta program itu di sini hari ini.

Syamsul Hazeman berkata enam institusi latihan terlibat dalam program itu, iaitu Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara, SRC Global Resources Sdn Bhd, Vision University College, Kulim Advanced Technologies Sdn Bhd, Northwestern Institute of Advanced Technical Skills dan Haaza Centre of Excellence.

Beliau berkata pihaknya menerima 10,000 permohonan pada tahun ini namun hanya peserta yang benar-benar layak dipilih untuk menyertai program itu.

Program itu antara inisiatif strategik MAIPk untuk melahirkan lebih ramai asnaf berkemahiran tinggi dan mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri selaras dengan aspirasi memperkasakan ummah melalui pendidikan serta latihan kemahiran.

 
Back
Top
Log in Register