BTC USD 76,543.5 Gold USD 4,351.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MINDEF Peruntuk RM10 Juta Laksana Program WBL Tahun Ini - Mohamed Khaled

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141

MINDEF Peruntuk RM10 Juta Laksana Program WBL Tahun Ini - Mohamed Khaled​

003589cf85fa11dcea992d1808643fae6a2e5a65c19dc

1ed0fe30ed3aafa49aaf1a695d266e0f6a2e5a1cbee04

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (tengah), diiringi Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Azhan Md Othman (empat, kanan), hadir bagi merasmikan Kem Segamat Fasa II sempena Lawatan Kerja ke Rejimen ke-4 Artileri Diraja Kem Segamat, hari ini.

Kementerian Pertahanan (MINDEF) memperuntukkan RM10 juta pada tahun ini, khususnya bagi pelaksanaan program Pembelajaran Berasaskan Kerja (WBL) untuk manfaat kira-kira 1,300 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bakal bersara.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata peruntukan program intervensi itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab kementerian bagi memastikan kebajikan dan kelangsungan hidup veteran tentera terus terbela.

Beliau berkata melalui program WBL itu, segala pengalaman dan kepakaran anggota sepanjang berkhidmat dalam ATM akan dinilai serta diiktiraf secara formal dengan kerjasama Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Pengiktirafan itu membolehkan anggota dianugerahkan diploma yang selari dengan kepakaran mereka seperti diploma kulinari, hospitaliti, jurulatih sukan, dan pengurusan tanpa perlu menduduki peperiksaan formal.

"Sebahagian besar anggota masuk tentera dengan kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan apabila pencen pada umur 41 atau 42 tahun, mereka keluar mencari pekerjaan juga menggunakan SPM, sekali gus menyukarkan mereka bersaing dalam pasaran luar.

"Melalui program WBL ini, sekurang-kurangnya mereka keluar dengan diploma, yang kos penilaian RM6,500 setiap individu ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan," katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Rejimen Keempat Artileri Diraja Kem Segamat, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata kementerian turut mengubah pendekatan latihan peralihan yang dikendalikan oleh Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) dengan mengorientasikannya secara terus bersama pihak industri.

Langkah itu bagi memastikan setiap anggota yang tamat menjalani latihan peralihan selama enam bulan akan terus diserap ke dalam sektor pekerjaan bersesuaian tanpa perlu mencari pekerjaan sendiri dengan pendapatan yang bermaruah.

 
Back
Top
Log in Register