BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MINDEF Kenal Pasti Empat Negara Berpotensi Bekal NSM - Mohamed Khaled

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,708
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,708
Reaction score
97
Points
80

MINDEF Kenal Pasti Empat Negara Berpotensi Bekal NSM - Mohamed Khaled​

1a5067616362bbd40cf6afdabfab83106a40c44baaeb1

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bersama veteran ATM pada Karnival Hari Keluarga Kita Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di X Park Impiana 2 Square hari ini.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengenal pasti empat negara berpotensi membekalkan sistem peluru berpandu antikapal (NSM) untuk projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) susulan pembatalan perolehan oleh Norway.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata proses pemilihan itu tidak hanya tertumpu kepada spesifikasi asas, sebaliknya mengambil kira kriteria utama bagi memastikan sistem yang dipilih benar-benar memenuhi keperluan operasi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Beliau berkata negara yang menjadi pertimbangan ialah Turkiye dan Korea Selatan selain dua lagi di Eropah.

“Kita kena menilai sama ada misil yang hendak diganti itu boleh diintegrasikan dengan Sistem Pengurusan Tempur LCS buatan Perancis. Misil pengganti mesti boleh beroperasi dengan sistem sedia ada," katanya kepada pemberita pada Karnival Hari Keluarga Kita Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Zon Selatan di X Park Impiana 2 Square, Bandar Seri Impian di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai perkembangan terkini perolehan sistem persenjataan itu susulan tindakan kerajaan Norway membatalkan lesen eksport NSM kepada Malaysia baru-baru ini.

Mohamed Khaled berkata selain aspek integrasi, kerajaan turut meneliti tempoh penghantaran bagi mengelakkan kelewatan yang boleh menjejaskan keupayaan pertahanan maritim negara.

"Kita juga mahu tahu siapa yang boleh membekalkan misil itu paling awal. Ada yang sedang membangunkan sistem tersebut, tetapi jika tempoh penghantarannya mengambil masa hingga lapan tahun, itu bukan satu kekuatan kepada kita," katanya.

Selain itu, faktor harga turut menjadi pertimbangan utama bagi memastikan kerajaan memperoleh sistem teknologi tinggi pada kos yang munasabah.

Beliau berkata peluru berpandu yang dipilih perlu memiliki keupayaan setanding NSM, termasuk ciri sukar dikesan radar (halimunan), mampu mengelakkan sistem pertahanan musuh serta mempunyai ketepatan sasaran yang tinggi.

 
Back
Top
Log in Register