combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Malaysia Berhak Tuntut Pampasan Daripada Norway Susulan Pembatalan NSM - Mohamed Khaled
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Malaysia berhak menuntut pampasan sewajarnya daripada Norway dan syarikat terbabit susulan pembatalan lesen eksport peluru berpandu antikapal (NSM) ke negara ini, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Beliau berkata tuntutan itu wajar kerana Malaysia menanggung kerugian kewangan selain kehilangan masa serta peluang bernilai akibat pembatalan berkenaan.
“Sejumlah besar wang rakyat telah diperuntukkan bagi program itu. Sekiranya Norway memaklumkan lebih awal mengenai pembatalan lesen eksport berkenaan, dana tersebut boleh dimanfaatkan untuk tujuan lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohamed Khaled berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah akhbar tempatan yang memetik seorang penganalisis pertahanan menggesa Malaysia melupakan perjanjian NSM berkenaan dan mencari pengganti.
Beliau berkata Malaysia sememangnya sedang bergerak ke hadapan dan giat meneroka penyelesaian alternatif bagi memenuhi keperluan pertahanan negara, namun tindakan yang berlaku tanpa akauntabiliti tidak boleh diterima atau dilupakan.
Beliau berkata Malaysia sememangnya sedang bergerak ke hadapan dan giat meneroka penyelesaian alternatif bagi memenuhi keperluan pertahanan negara, namun tindakan yang berlaku tanpa akauntabiliti tidak boleh diterima atau dilupakan.
Katanya usaha mencari pengganti sistem NSM bukanlah sesuatu yang mudah kerana sistem secanggih itu tidak boleh digantikan dalam tempoh singkat.
Proses berkenaan, jelasnya, memerlukan rundingan kontrak baharu serta integrasi sistem pengganti ke dalam platform sedia ada, yang menuntut masa, kos dan sumber yang besar.
“Lebih penting lagi, episod ini melangkaui pertikaian kontrak dua hala. Ia telah meletakkan pertahanan dan keselamatan negara dalam kedudukan yang terjejas,” katanya.