kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,698
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,698
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Pembatalan NSM: Norway Dicadang Dahulukan Bayaran Balik Ganti Rugi
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Malaysia mencadangkan supaya kerajaan Norway mendahulukan proses bayaran balik ganti rugi susulan tindakan unilateral negara itu membatalkan lesen eksport peluru berpandu Naval Strike Missile (NSM) sehingga menjejaskan projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) negara.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata keputusan tidak meluluskan lesen eksport berkenaan adalah punca utama kepada kemelut itu.
“Punca kepada segala-galanya ialah keputusan Norway untuk tidak meluluskan lesen eksport ke Malaysia. Oleh itu, Norway tidak boleh lepas tangan dalam perkara ini kerana keputusan mereka yang menyebabkan masalah ini berlaku,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi berkata demikian pada sidang media selepas program pertemuan bersama pemandu teksi di Terminal Bas dan Teksi Kota Tinggi di sini hari ini.
Mohamed Khaled berkata beliau telah menyampaikan pendirian tegas Malaysia kepada rakan sejawatnya dari Norway baru-baru ini dan menyatakan bahawa bantuan mempercepatkan bayaran balik berkenaan adalah bukti sekiranya mereka ikhlas mahu menjaga hubungan dua hala.
Mohamed Khaled ketika mengulas mengenai kaedah bayaran mencadangkan agar kerajaan Norway mendahulukan bayaran ganti rugi itu kepada Malaysia sebelum mereka menguruskan tuntutan semula daripada syarikat pertahanan yang terlibat.
“Syarikat yang gagal memenuhi kontrak ini adalah syarikat Norway. Jadi, sebagai sebuah kerajaan, Norway boleh berunding dengan syarikat mereka sendiri daripada memaksa Malaysia menunggu tanpa sebarang kepastian,” katanya.
Beliau berkata dana berkenaan amat diperlukan segera bagi membolehkan Kementerian Pertahanan memperoleh sistem peluru berpandu alternatif untuk kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Mohamed Khaled turut menyifatkan tindakan unilateral itu bukan sekadar isu kerugian kewangan, malah menjejaskan kepercayaan antarabangsa terhadap jaminan undang-undang, perjanjian global dan keabsahan kontrak pertahanan yang telah ditandatangani serta dibayar.