combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
AS Pertimbang Jual NSM Kepada Malaysia, Kata Mohamed Khaled
Kredit: FB Khaled Nordin
Amerika Syarikat (AS) memberi jaminan akan mempertimbangkan penjualan Naval Strike Missile (NSM) kepada Malaysia, sebagai penyelesaian kepada isu yang dihadapi negara berhubung perolehan sistem persenjataan itu dari Norway, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Beliau berkata perkara itu disuarakan oleh Setiausaha Pertahanan AS Pete Hegseth, dalam pertemuan dua hala yang diadakan di sela-sela Dialog Shangri-La (SLD) IISS ke-23 di sini, yang berlangsung mulai hari ini hingga Ahad.
Mohamed Khaled berkata beliau turut memaklumkan kepada Hegseth mengenai isu yang dihadapi Malaysia berkaitan pembelian NSM dari Norway, serta mendapatkan pandangan AS mengenai perkara itu.
“Kita telah meminta pandangan AS bagi membantu mencari penyelesaian kepada isu yang dihadapi, kerana seperti yang sedia maklum, terdapat sebuah syarikat AS yang mengeluarkan misil yang sama seperti Norway.
“Kita telah bertanya sama ada AS bersedia membenarkan penjualan misil itu kepada kita bagi menangani masalah yang dihadapi,” katanya kepada Bernama hari ini.
Kerajaan Norway sebelum ini dilapor membatalkan lesen eksport peluru berpandu antikapal NSM kepada Malaysia serta sistem pelancar berkaitannya atas alasan untuk melindungi keselamatan negara itu.
Menurut laman sesawang Kongsberg Defence & Aerospace AS (KDA), perolehan NSM dimeterai antara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan KDA pada April 2018, dengan nilai kontrak 124 juta euro (RM571.9 juta) bagi melengkapkan enam Kapal Tempur Pesisir (LCS) baharu.
Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata AS turut mencadangkan perkongsian maklumat berkaitan Maritime Domain Awareness (MDA) yang dilaksanakan Malaysia.