BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Syarikat Bekal Peluru Berpandu Antikapal NSM Mohon Adakan Perbincangan - Mohamed Khaled

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Syarikat Bekal Peluru Berpandu Antikapal NSM Mohon Adakan Perbincangan - Mohamed Khaled​

c9f94ed494b628218daff0ee223ce8a16a4a0858792ae

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menjawab soalan media selepas menyempurnakan pelancaran Program Ilmu dan Muafakat (PIKAT) di Masjid Jamek Al-Faizin Felda Air Tawar 2 hari ini.

Program ini merupakan inisiatif strategik oleh Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) bagi memperkukuh hubungan antara anggota tentera dengan komuniti setempat.

Pelbagai aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan diadakan, termasuk ceramah perdana di masjid, motivasi sekolah, kelas pengurusan jenazah, serta literasi faraid.

Siri program ini turut bertindak sebagai platform untuk menyantuni rakyat serta menghargai pengorbanan dan peranan penting anggota ATM dalam menjaga kedaulatan dan keamanan negara.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kementerian Pertahanan menyatakan syarikat pembekal peluru berpandu antikapal Naval Strike Missile (NSM) memohon mengadakan perbincangan berhubung isu tuntutan RM1.06 bilion ekoran pembatalan perolehan peluru berpandu berkenaan untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bagaimanapun berkata pihak kementerian tidak mahu sebarang perbincangan dijadikan alasan atau taktik untuk melengah-lengahkan proses tuntutan yang sedang dilaksanakan.

“Pihak syarikat ada memohon untuk berbincang dengan kita. Tapi, walaupun kita kata boleh berbincang, kita tidak mahu ia dijadikan sebagai satu taktik untuk melengah-lengahkan proses tuntutan yang dibuat sebelum ini.

“…. dan kita sentiasa sedar dan berwaspada jika ada apa-apa taktik sedemikian yang digunakan supaya kita tidak terperangkap,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Ilmiah Keagamaan Masyarakat (PIKAT) di Felda Air Tawar 2, hari ini.

Kerajaan Norway sebelum ini dilaporkan membatalkan lesen eksport peluru berpandu antikapal NSM itu berserta sistem pelancarnya atas faktor keselamatan.

Menurut laman sesawang syarikat Kongsberg Defence and Aerospace (KDA), perolehan peluru berpandu NSM dimeterai antara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan KDA pada April 2018, dengan nilai kontrak 124 juta euro (RM571.9 juta) bagi melengkapkan enam Kapal Tempur Pesisir (LCS) baharu.

Susulan itu, Malaysia menuntut RM1.06 bilion daripada syarikat KDA ekoran pembatalan NSM yang merangkumi tuntutan langsung sebanyak EUR129.86 juta (RM604 juta), iaitu bayaran yang sudah dibuat oleh kerajaan.

Beliau berkata tuntutan tidak langsung adalah sebanyak EUR96.26 juta (RM448.12 juta), yang membabitkan implikasi kos dan kesan sampingan akibat kegagalan pembekalan sistem peluru berpandu berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohamed Khaled berkata pasukan penilai yang terdiri daripada pegawai TLDM telah ditubuhkan bagi mengenal pasti sistem peluru berpandu terbaik dari empat negara bagi menggantikan sistem NSM buatan syarikat KDA daripada Norway.

 
Back
Top
Log in Register