BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

NSM Kerajaan Tunggu Maklum Balas Syarikat Pembekal - Khaled

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

NSM Kerajaan Tunggu Maklum Balas Syarikat Pembekal - Khaled​

33f730b38f8af278bbd900f555f98daf6a8fbbf333740

e1bc3d220fa6201e7ec85edd0c8918986a8fbb7ee9a55

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengibarkan Jalur Gemilang pada majlis pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibarkan Jalur Gemilang Peringkat Kementerian Pertahanan di Wisma Pertahanan hari ini.

Kerajaan sedang menunggu maklum balas daripada syarikat Kongsberg Defence & Aerospace AS (KDA) yang membekalkan peluru berpandu Naval Strike Missile (NSM) berhubung tuntutan susulan kerajaan berikutan pembatalan perolehan sistem tersebut.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kerajaan akan mempertimbangkan tindakan seterusnya selepas menerima maklum balas itu.

“Perbincangan telah diadakan dengan pembekal dan tuntutan telah dikemukakan, kita sedang menunggu maklum balas mereka sebelum merujuk perkara itu kepada kerajaan untuk pertimbangan dan keputusan selanjutnya,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibarkan Jalur Gemilang peringkat Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Beliau berkata Kementerian Pertahanan sedang berusaha menyelesaikan isu membabitkan pembekalan peluru berpandu untuk Littoral Combat Ship (LCS) (Kapal Tempur Pesisir).

“Kami sedang bekerja keras untuk memastikan isu membabitkan pembekalan peluru berpandu bagi LCS kita dapat diselesaikan.

“Apabila ada perkembangan mengenai jadual penghantaran, saya akan memaklumkan kepada media,” katanya.

Kerajaan Norway sebelum ini dilaporkan membatalkan lesen eksport peluru berpandu antikapal NSM kepada Malaysia serta sistem pelancar berkaitan dengan alasan untuk melindungi keselamatan negara itu.

Menurut laman sesawang KDA, perolehan NSM dimeterai antara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan KDA pada April 2018, dengan nilai kontrak 124 juta euro (RM571.9 juta) bagi melengkapkan enam LCS baharu.

 
Back
Top
Log in Register