combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Mindef Teliti Tawaran Beberapa Negara, Selesai Isu Peluru Berpandu Antikapal - Mohamed Khaled
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Kementerian Pertahanan sedang menilai tawaran daripada beberapa negara untuk mencari penyelesaian terbaik menggantikan sistem peluru berpandu antikapal (NSM) yang dibatalkan pembekalannya oleh syarikat pertahanan dari Norway.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pertemuan turut diadakan dengan beberapa pihak sempena lawatan beliau ke Turkiye bagi mendapatkan cadangan bersesuaian untuk pertimbangan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
“Setakat ini ada tiga hingga empat negara (yang mengemukakan tawaran)… negara yang kita yakin dan percaya mereka ikhlas dan ingin membantu kita.
“Kita sedang mengadakan pertemuan terutamanya dengan tentera laut untuk beri penyelesaian dan tentera laut tentunya akan lakukan penilaian terhadap empat tawaran ini sebelum dibawa kepada kerajaan,” katanya kepada Bernama sempena upacara penamaan dan pelancaran Kapal Misi Pesisir Batch 2 (LMSB2) di sini hari ini.
Upacara penamaan dan pelancaran LMSB2 pertama, Tunku Laksamana Abdul Jalil, disempurnakan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah di limbungan kapal Istanbul.
Mohamed Khaled berkata antara perkara utama yang dinilai ialah sama ada penggantian sistem misil tersebut memerlukan rombakan besar terhadap struktur kapal yang telah siap dibina.
“Dalam pertimbangan yang kita buat ialah pertama keyakinan dan kepercayaan kita kepada tawaran daripada negara-negara yang tertentu itu. Kedua, dari segi sama ada perlu lakukan rombakan besar kepada kapal yang sudah siap itu, ketiga soal kos dan keempat soal serahan.
“Setiap perkara ini, kriteria-kriteria itu berkait, jadi ia ambil masa yang panjang. Atas sebab itulah kita tuntut, sebab ini semua memberi kita masalah,” katanya.
Loading…
www.bernama.com