BTC USD 76,604.1 Gold USD 4,361.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MINDEF Tandatangani SST Perolehan Sistem Peluru Berpandu SAM Untuk LCS TLDM

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,719
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,719
Reaction score
97
Points
80

MINDEF Tandatangani SST Perolehan Sistem Peluru Berpandu SAM Untuk LCS TLDM​

9c6ac9a049de0806245d44d28649110f6a6173c337a66

Kredit Kementerian Pertahanan Malaysia

Kementerian Pertahanan (MINDEF) menandatangani Surat Setuju Terima (SST) bersama MBDA France bagi perolehan sistem peluru berpandu permukaan ke udara (SAM) sempena Farnborough International Airshow 2026 di United Kingdom, Isnin lepas.

MINDEF menerusi hantaran di Facebook rasminya memaklumkan dokumen berkenaan ditandatangani Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Lokman Hakim Ali bersama syarikat pertahanan Perancis itu untuk melengkapkan keupayaan persenjataan Kapal Tempur Pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

“Perolehan ini juga merupakan kontrak pelengkap penting bagi projek LCS untuk memastikan kapal berkenaan memiliki keupayaan pertahanan udara yang memenuhi keperluan operasi TLDM.

“Pemeteraian SST ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh keupayaan strategik pertahanan maritim negara bagi mendepani cabaran geopolitik semasa,” menurut kenyataan itu.

Media sebelum ini melaporkan status kemajuan fizikal projek LCS mencatatkan pencapaian 78.1 peratus sehingga 31 Mei lepas.

 
Back
Top
Log in Register