BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MAIPk Peruntuk RM9.6 Juta Bagi Pembangunan Kemahiran Asnaf

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,700
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,700
Reaction score
97
Points
80

MAIPk Peruntuk RM9.6 Juta Bagi Pembangunan Kemahiran Asnaf​

86fbf64112d54bd9e5490bef149fee906a14f405f2bf0

6a1bcd436e826135ef713499929acb686a14f42e5ee60

Kredit: MAIPk

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) memperuntukkan kira-kira RM9.6 juta bagi pelaksanaan Program Latihan Kemahiran Asnaf 2026, melibatkan sasaran penyertaan 919 peserta dalam usaha memperkasakan pembangunan modal insan golongan berkenaan.

Menurut MAIPk dalam satu kenyataan, majlis menandatangani perjanjian dengan penyedia latihan program telah disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk Syamsul Hazeman Md Salleh dalam satu majlis yang berlangsung semalam.

Kenyataan itu memaklumkan kerjasama strategik antara MAIPk dan penyedia latihan dalam memperkasakan pembangunan modal insan asnaf melalui pendidikan dan latihan kemahiran yang berkualiti, berdaya saing serta selaras dengan keperluan industri semasa.

"Sesi menandatangani perjanjian melibatkan tiga penyedia latihan iaitu SRC Resources Sdn Bhd, Kulim Advanced Technologies Sdn Bhd dan Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara.

"Selain itu, majlis turut menyampaikan surat lantikan kepada sepuluh penyedia latihan iaitu Vocational Education Training Academy, IJN University College, UCSI Hospital, UOA Academy, Vision University College, NIATS Oil, Gas and Marine Academy, AMKTC Academy, Haaza Centre Of Excellence, High Skill Technology Sdn Bhd dan Kolej Teknikal Sri Ayu," menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, kerjasama berkenaan dapat membuka lebih banyak peluang kepada golongan asnaf untuk meningkatkan kemahiran, menjana pendapatan serta membina masa depan yang lebih baik, mampan dan sejahtera.

 
Back
Top
Log in Register