BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,300.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Anwar Sangkal Tuduhan Anak Tiri Negeri, Peruntukan Meningkat

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,704
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,704
Reaction score
97
Points
80

PM Anwar Sangkal Tuduhan Anak Tiri Negeri, Peruntukan Meningkat​

36173daf52006d71e09e07084e78ee726a7fe91168c33

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyangkal tuduhan pihak tertentu bahawa Kerajaan MADANI menganaktirikan beberapa negeri.

Sebaliknya, beliau menegaskan peruntukan kepada setiap negeri, berbeza berdasarkan keutamaan dan semakin meningkat di bawah pentadbirannya.

“Perbelanjaan untuk Sabah itu, sejak kita ambil alih kerajaan dalam tiga tahun (telah) naik (sebanyak) 35 peratus. Sebelum ini beberapa tahun sebelum itu, adakah kerajaan negeri suarakan? tidak...Sabah, Sarawak, Kedah dan Kelantan peruntukan itu meningkat secara keseluruhan.

“Terengganu daripada RM6 bilion (pada 2022) naik (kepada) RM8.1 bilion (tahun ini), (sama juga) Perlis, Johor dan lain-lain. Johor daripada RM10.2 bilion (pada 2022) naik kepada RM14.6 bilion (pada 2026),” katanya ketika meyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Kongres Nasional PKR 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh di sini hari ini.

Anwar berkata selain itu, peruntukan Persekutuan kepada Sabah naik 35 peratus daripada RM13 bilion pada 2022 kepada RM17.6 bilion pada 2026, Sarawak daripada RM10.2 bilion pada 2022 kepada RM15.1 bilion iaitu kenaikan sebanyak 48 peratus.

Berita lanjut menyusul.

 
Back
Top
Log in Register