combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Anwar Puji Persahabatan Luar Biasa Dengan Maldives, Layanan Mesra Muizzu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Makan Tengah Hari Rasmi di Niva Kurumba. Turut bersama, Presiden Maldives Dr Mohamed Muizzu. - fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan layanan mesra Presiden Dr Mohamed Muizzu sepanjang lawatan rasmi beliau itu sebagai cerminan persahabatan, kepercayaan dan keakraban luar biasa antara Malaysia dengan Maldives.
Ketika berucap pada jamuan tengah hari yang dihoskan oleh Muizzu bagi meraikan Perdana Menteri hari ini, Anwar berkata jarang sekali beliau berpeluang menghabiskan masa yang agak lama bersama dengan ketua negara semasa lawatan rasmi.
Anwar berkata selain keakraban hubungan peribadi kedua-dua pemimpin itu, Malaysia dan Maldives juga berkongsi prinsip dan nilai yang sama sebagai negara yang agak kecil, yang tidak seharusnya membiarkan saiz sesebuah negara membataskan aspirasi atau suara mereka di pentas antarabangsa.
"Sejak malam tadi dan sepanjang pagi ini sehinggalah majlis makan tengah hari ini, anda bersama-sama kami. Jadi, situasi ini menunjukkan persahabatan, kepercayaan dan keakraban luar biasa antara saudara dan saudari.
"Kami memahami keterbatasan kita. Anda berkata negara anda kecil. Malaysia juga agak kecil walaupun lebih besar sedikit daripada Maldives. Namun, kita tidak seharusnya berputus asa. Negara kecil yang berjiwa besar, dan itulah yang diperlukan dunia pada masa ini," kata beliau.
Anwar berkata negara seperti Malaysia dan Maldives boleh menunjukkan peranan mereka dalam hal ehwal dunia melalui tadbir urus yang baik, sikap bertanggungjawab dan keberanian mempertahankan kebenaran, bukannya berpegang pada tanggapan bahawa might is right.
Beliau turut menyatakan keyakinan terhadap kepimpinan dan usaha Muizzu untuk mentransformasikan Maldives, yang disifatkan beliau sebagai negara yang kaya dengan potensi besar dan keindahan semula jadi yang terus menarik perhatian dunia.
Menyentuh tentang perubahan iklim, Anwar berkata Maldives turut menanggung akibat walaupun sumbangannya terhadap pelepasan karbon global dan kemerosotan alam sekitar adalah kecil.