BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pertemuan Anwar, Muizzu Hari Ini Tumpu Usaha Perkukuh Hubungan Dua Hala Malaysia-Maldives

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Pertemuan Anwar, Muizzu Hari Ini Tumpu Usaha Perkukuh Hubungan Dua Hala Malaysia-Maldives​

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Maldives Dr Mohamed Muizzu hari ini, acara utama dalam rangka lawatan rasmi dua hari beliau ke republik kepulauan itu.

Anwar dijadualkan memulakan program rasmi di Pejabat Presiden pada 9 pagi waktu tempatan dengan menghadiri Majlis Sambutan Rasmi di Republic Square, sebelum mengadakan pertemuan empat mata dengan Muizzu.

Kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan usaha memperkukuh hubungan kedua-dua negara termasuk perdagangan, pelaburan dan pelancongan, selain bertukar pandangan mengenai isu serantau serta antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.

Pertemuan itu turut membuka ruang meneroka bidang kerjasama baharu susulan hubungan diplomatik Malaysia-Maldives yang telah terjalin sejak 1968.

Mesyuarat delegasi Malaysia-Maldives selepas itu akan membincangkan langkah lebih lanjut memperluas kerjasama antara kedua-dua negara.

Anwar dan Muizzu turut dijadualkan menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan bidang pertahanan dan hal ehwal Islam, sebelum mengadakan sidang media bersama.

Jadual lawatan Anwar diteruskan dengan kunjungan hormat Naib Presiden Maldives, Yang Dipertua Majlis Rakyat Maldives serta Menteri Luar negara itu secara berasingan di Niva Kurumba pada sebelah tengah hari.

Perdana Menteri turut dijadualkan menghadiri sidang media bersama media Malaysia sebelum diraikan dalam jamuan makan tengah hari rasmi yang dihoskan oleh Muizzu.

 
Back
Top
Log in Register