BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lawatan Anwar Buka Lembaran Baharu Hubungan Malaysia-Maldives

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Lawatan Anwar Buka Lembaran Baharu Hubungan Malaysia-Maldives​

fc06a9df4c21564e9146fe3b68a30a336aa94c9462238

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi Presiden Maldives Dr Mohamed Muizzu pada acara utama Majlis Sambutan Rasmi di Republic Square sempena lawatan rasmi dua hari beliau ke Maldives. - fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) dalam bidang kerjasama pertahanan dan hal ehwal Islam merupakan antara pencapaian utama lawatan rasmi dua hari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Maldives, yang turut membuka ruang lebih luas bagi kerjasama ekonomi, perdagangan dan pembangunan modal insan.

Lawatan sulung Anwar ke republik kepulauan itu sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada November 2022 menyaksikan hubungan kedua-dua negara yang terjalin sejak 1968 diperkukuh menerusi kerjasama lebih konkrit dalam bidang strategik, selain komitmen kedua-dua negara untuk meningkatkan hubungan di pelbagai peringkat.

Dua MoU yang dimeterai dan disaksikan Anwar bersama Presiden Maldives Dr Mohamed Muizzu ialah MoU Kerjasama Pertahanan dan MoU Kerjasama dalam Bidang Hal Ehwal Islam, yang antara lain merangkumi keselamatan maritim, latihan dan industri pertahanan, selain pendidikan Islam, sektor halal, pentadbiran agama, wakaf, haji serta pembangunan insan.

Anwar berkata pertukaran kedua-dua MoU itu akan memperkukuh kerjasama sedia ada, selain menyediakan ruang untuk Malaysia dan Maldives memanfaatkan pengalaman serta kepakaran masing-masing.

Pertemuan empat mata antara Anwar dan Muizzu di Pejabat Presiden di sini hari ini, yang disusuli mesyuarat delegasi, turut memberi tumpuan kepada usaha memperluas hubungan ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua negara.

Antaranya cadangan Perjanjian Perdagangan Keutamaan (PTA), dengan perkara itu akan diteliti Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani bersama rakan sejawatnya dari Maldives bagi menentukan bidang dan produk yang boleh diberikan keutamaan.

Malaysia dan Maldives turut bersetuju memperkukuh kerjasama dalam pelaburan, pelancongan, pendidikan dan pembangunan modal insan, selain meneroka bidang baharu yang boleh memberikan manfaat bersama kepada rakyat kedua-dua negara.

“Hubungan dua hala mesti bermula dengan penghargaan yang tulus terhadap keperluan dan kekuatan antara satu sama lain, serta rasa hormat yang kita miliki pada peringkat peribadi dan negara masing-masing,” kata Anwar.

 
Back
Top
Log in Register