BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia Dan Brunei Perkukuh Hubungan Dua Hala - Mohamad

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Malaysia Dan Brunei Perkukuh Hubungan Dua Hala - Mohamad​

334173450804bbec368b3965b8e0bdc46a883cd7ae635

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan bersama Menteri Luar Brunei Kedua Datuk Seri Setia Erywan Mohd Yusof (kanan) sebelum Mesyuarat Ke-27 Pelaksanaan Pertukaran Surat di antara Malaysia dan Brunei Darussalam, hari ini.

Malaysia dan Brunei terus memperkukuh hubungan dua hala menerusi Mesyuarat ke-27 Pelaksanaan Pertukaran Surat (EOL-27) Malaysia-Brunei yang diadakan di sini, hari ini.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata EOL tersebut, dipengerusikan beliau bersama dengan Menteri Luar Brunei Kedua Datuk Seri Setia Erywan Mohd Yusof.

Beliau berkata banyak perkara berkaitan hubungan dua hala antara Malaysia dan Brunei, dibincangkan termasuk mengenai sempadan darat dan laut.

“Kita juga berbincang berkenaan penubuhan mekanisme Search and Rescue (SAR) dan kami akan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) berkenaan SAR itu dan ada juga berkenaan memudahkan laluan buat penduduk Brunei, Sarawak dan juga Sabah,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Mengulas mengenai sempadan darat, Mohamad berkata mesyuarat juga dimaklumkan kedua-dua negara telah menyelesaikan kira-kira 50 peratus penandaan sempadan.

“Sempadan sedia ada memang sudah ada tetapi kita mahu membuat penandaan itu, kerana terdapat pelbagai keadaan dan faktor di lapangan yang perlu diambil kira.

“Ini akan kami harmonikan mengikut Terms of Reference (TOR) pada 2009 dan laporan yang akan dikemukakan oleh jawatankuasa teknikal di lapangan,” katanya.

Pada 2025, jumlah dagangan antara Malaysia dan Brunei direkodkan pada RM5.86 bilion (USD1.37 bilion).

 
Back
Top
Log in Register