BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TERAJU Lulus Hampir RM190 Juta Pembiayaan Kepada Syarikat Bumiputera Di Pantai Timur

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

TERAJU Lulus Hampir RM190 Juta Pembiayaan Kepada Syarikat Bumiputera Di Pantai Timur​

efd82669a0c1008598de8d62b1c62c046a841c0c29686

aa518bdb39f4aa639e2987670d1b5cc06a841db3d6209

7b730b2fc29d56ec0612bb29d07424226a841c449cb60

e0db81153f91c48d95baa04953de3d706a841c2c1a506

Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU Junady Nawawi. Kredit: TERAJU

Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) meluluskan hampir RM190 juta pembiayaan kepada syarikat Bumiputera di Pahang, Kelantan dan Terengganu setakat awal bulan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU Junady Nawawi berkata pembiayaan itu mencerminkan komitmen berterusan TERAJU memperluas akses kepada modal serta menyokong pertumbuhan perniagaan yang mampan.

Beliau berkata TERAJU komited dalam menyokong evolusi dan peningkatan tahap kematangan usahawan tempatan.

“Matlamat kami adalah untuk memastikan syarikat Bumiputera berevolusi menjadi perusahaan yang boleh dilabur, bersedia mendapatkan pembiayaan dan mempunyai keupayaan melangkah ke tahap seterusnya, termasuk meneroka pasaran modal serta penyenaraian di Bursa Malaysia,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan TERAJU.

TERAJU memaklumkan Junady berkata demikian ketika berucap pada program TERAJU Aspirasi Outreach Pahang 2026 di Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah (UMPSA), Gambang, di sini pada Ahad lepas yang menghimpunkan hampir 70 agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi dan pemain industri.

Program bertemakan “Merealisasikan Penskalaan Penciptaan Nilai Syarikat Bumiputera” dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Pahang Datuk Amizar Abu Adam.

Hadir sama Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Seri Mohd Shahar Abdullah dan Penolong Naib Canselor (Strategik Korporat) UMPSA Profesor Dr Che Ku Mohammad Faizal Che Ku Yahya.

Junady berkata inisiatif turun padang seperti program TERAJU Aspirasi Outreach Pahang 2026 dapat memastikan kemudahan pembiayaan, bimbingan dan rangkaian strategik terus tersedia kepada usahawan di kawasan operasi mereka.

“Melalui program seperti ini, kami membawa ekosistem itu terus kepada usahawan supaya mereka dapat membuat keputusan dan merebut peluang pertumbuhan dengan lebih pantas serta berkesan.

 
Back
Top
Log in Register