combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,125
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,125
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Pahang Rekod Kadar Penyertaan Tenaga Buruh Tertinggi Di Pantai Timur
--kredit Perkeso
Pahang merekodkan kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur iaitu sebanyak 65.3 peratus bagi suku pertama 2026, dengan kadar pengangguran kekal rendah pada paras 1.9 peratus.
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan berkata pelbagai usaha telah dilaksanakan supaya masyarakat boleh mengakses peluang pekerjaan antaranya menerusi program MYFutureJobs yang dikendalikan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
“Ini adalah komitmen berterusan yang telah dilakukan pihak Perkeso demi memastikan kadar pengangguran di negara dapat dikurangkan dan ini adalah peluang terbaik buat anak muda untuk mengambil peluang bagi mendapatkan pekerjaan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika Majlis Perasmian Karnival Kerjaya MyFutureJobs Indera Mahkota 2026 di sini hari ini, yang menawarkan 6,000 kekosongan jawatan melibatkan 30 majikan daripada pelbagai industri.
Hadir sama Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi yang melancarkan inisiatif Sahabat MADANI Peringkat Pahang pada majlis itu.
Untuk rekod, sepanjang tempoh 2023 hingga 24 Julai 2026, sebanyak 26,877 pencari kerja di Pahang berjaya memperoleh pekerjaan menerusi platform MYFutureJobs hasil pelbagai inisiatif pasaran buruh yang dilaksanakan Perkeso.
Dalam tempoh sama, Perkeso menganjurkan 1,277 program temu duga dan karnival kerjaya di seluruh Pahang selain merekodkan lebih 10,000 kekosongan jawatan yang diiklankan melalui Portal MYFutureJobs dengan penyertaan 11,857 pencari kerja berdaftar pada 2026.
Sementara itu, Khairul Firdaus memaklumkan kementerian bukan sahaja menyediakan platform peluang pekerjaan namun pelbagai latihan bagi mengadaptasi keperluan industri.
Justeru, beliau berharap agar pekerja terus mengikuti latihan disediakan bagi meningkatkan kemahiran, kualiti diri dan prestasi kerja.