combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Timbalan Menteri Perpaduan Negara R. Yuneswaran ketika melawat reruai pameran pada Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan 2026 di Perkarangan Pusat Membeli Belah AEON Mall hari ini.
-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Wilayah Timur Semenanjung Malaysia merekodkan antara skor tertinggi Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) dengan catatan 0.741 bagi tahun 2025, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara R. Yuneswaran.
Beliau berkata pencapaian itu mencerminkan kekuatan nilai komuniti, toleransi serta hubungan sosial yang erat dalam kalangan masyarakat di wilayah berkenaan. Malah, katanya Pahang mencatatkan skor tertinggi di seluruh negara.
Menyentuh tahap perpaduan di peringkat nasional, beliau memaklumkan dapatan IPNas 2025 menunjukkan Malaysia memperoleh skor 0.701 iaitu pada tahap sederhana tinggi.
“IPNas berfungsi sebagai instrumen strategik bagi membantu kerajaan mengenal pasti kelemahan serta menentukan hala tuju intervensi, sekali gus memastikan setiap dasar memberi impak terhadap pengukuhan perpaduan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Program Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Zon Timur 2026 di sini hari ini.
Beliau turut menegaskan perpaduan merupakan teras utama dalam pembinaan negara bangsa.
“Konsep negara bangsa tidak boleh ditafsir secara sempit sebagai satu kaum, satu budaya. Sebaliknya, ia terbentuk daripada rakyat pelbagai kaum dan agama yang bersatu di bawah satu identiti nasional,” katanya.
Bagaimanapun, beliau mengingatkan masih wujud cabaran yang perlu ditangani secara berterusan, khususnya isu berkaitan etnisiti, media, politik dan jurang sosial.
“Dalam menghadapi realiti ini, pendekatan bersifat umum atau program sekali sahaja tidak lagi relevan dalam menangani cabaran perpaduan.
“Kerajaan kini mengambil langkah strategik melalui pendekatan bersasar yang menumpukan kepada pembinaan perpaduan secara menyeluruh merentas ekosistem pendidikan, komuniti dan pembangunan sosioekonomi,” katanya.
IPNas 2025: Pahang Terbaik, Wilayah Timur Antara Tertinggi
yuneswaran, indeks perpaduan, ipnas