Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,763
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,763
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
gambar fail
Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 membuka tirainya hari ini dengan mengangkat tema “Memperkasa Keupayaan dan Ketahanan Menerusi Teknologi”.
Pameran edisi ke-19 yang berlangsung di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) sehingga Khamis itu bakal dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah turut dijadualkan berangkat ke pameran berkenaan dan berkenan menyampaikan ucaptama pada Forum Putrajaya yang bertemakan ASEAN Security in the Age of Emerging Technologies pada Selasa.
Edisi kali ini mencatatkan rekod penyertaan tertinggi melibatkan 1,456 syarikat pempamer dari 63 negara berbanding 1,324 syarikat dari 60 negara pada 2024.
Lebih menarik, ia juga menyaksikan penyertaan sulung syarikat persenjataan dan keselamatan dari Croatia, Finland, Hungary, Jepun serta Rusia.
Semalam, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pada edisi kali ini, sebanyak 368 syarikat Malaysia terlibat dalam segmen baharu, iaitu pavilion Gabungan Industri Pertahanan Malaysia yang mempamerkan pelbagai produk dan keupayaan masing-masing.
Kementerian Pertahanan juga bakal menyampaikan dokumen Program Kolaborasi Industri (ICP) yang dianggarkan bernilai RM1.4 bilion kepada beberapa syarikat yang berjaya bagi tujuan pemindahan teknologi dan kepakaran pada pameran itu.
DSA dan NATSEC Asia 2026 yang menggabungkan dimensi pertahanan konvensional, teknologi dan aset peperangan elektronik serta keselamatan dalaman itu turut menjadi medan untuk memperkukuh hubungan antara negara melalui mesyuarat, forum dan sesi dialog strategik.
Antara syarikat pertahanan utama yang mengesahkan penyertaan ialah DEFTECH, ASELSAN, Turkish Aerospace Industries Inc, MILKOR, FNSS Savunma Sistemleri, Team Defence Australia, Airbus Group, BrahMos, Beretta Defense Technologies (BDT), Weststar Defence Industries dan Matra BAE Dynamics Alenia (MBDA).
DSA, NATSEC Asia 2026 Buka Tirai Hari Ini, Rekod Penyertaan Tertinggi
DSA, NATSEC, pameran, pertahanan dan keselamatan,