BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang WPKL, Putrajaya Buka Tirai Hari Ini - Fahmi

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang WPKL, Putrajaya Buka Tirai Hari Ini - Fahmi​

beeb6f42d4b4aa37f904a3fda7bb85486a8a66298b32a

3a1ee6d98477299c4ec69298efd3032d6a8a63f59a40a

a2ec75176247a1ea08862583115f32ca6a8a648baa571

Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil menyempurnakan acara ‘flag-off’ Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2026 X JAGO 2026 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di Pasar Taman Sri Sentosa hari ini.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) X JAGO Tahun 2026 peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, membuka tirainya hari ini dalam usaha menyemarakkan semangat patriotisme bersempena dengan Bulan Kebangsaan.

Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata konvoi yang bermula di Pasar Taman Seri Sentosa, Lembah Pantai itu akan menjelajah enam lokasi persinggahan sekitar ibu negara hari ini.

“Kembara Merdeka Jalur Gemilang akan melakukan enam persinggahan di seluruh Kuala Lumpur, termasuk Taman Tasik Metropolitan Kepong, Pasar Besar Taman Tun Dr Ismail, Balai Bomba dan Penyelamat Seputeh.

“(Seterusnya) di Hospital Rehabilitasi Cheras, Petronas Cochrane Perkasa dan berakhir di NZ Curry House Wangsa Maju,” katanya ketika ditemui media, sebelum acara pelepasan program itu.

Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata edisi kali ini, melibatkan kira-kira 35 peserta bersama dengan 10 kenderaan agensi kerajaan.

Ini termasuk Jabatan Penerangan (JAPEN), Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Radio Televisyen Malaysia, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Antara tarikan utama program kali ini ialah penggunaan kenderaan pelbagai guna (MFV) JAGO (JAPEN Arena Penggerak Komuniti) yang dilengkapi skrin LED gergasi, bagi memainkan lagu-lagu patriotik sepanjang siri kembara.

Fahmi berkata program itu turut menjadi platform, untuk mendekati masyarakat melalui pelbagai aktiviti yang menggalakkan penglibatan komuniti setempat.

“Di setiap persinggahan, kit 1Rumah 1Jalur Gemilang akan diedarkan kepada wakil kluster, selain edaran Jalur Gemilang kepada masyarakat, persembahan kebudayaan, nyanyian lagu-lagu patriotik dan kuiz kenegaraan.

 
Back
Top
Log in Register