BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

LIMA'27, DSA & NATSEC Asia 2028 Raih Komitmen Awal Syarikat Pertahanan Global - MINDEF

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

LIMA'27, DSA & NATSEC Asia 2028 Raih Komitmen Awal Syarikat Pertahanan Global - MINDEF​

f92e5e487a3eceffe653a11ef33e24596a64164fbaeae


Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2027 (LIMA'27) serta Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2028 terus meraih sokongan pemain industri pertahanan global apabila beberapa syarikat terkemuka antarabangsa menyatakan komitmen awal menyertai pameran itu.

Antara syarikat itu ialah Pilatus Aircraft Ltd, RUAG, Korea Aerospace Industries (KAI), Glenair, Team Defence Australia dan Kallman Worldwide manakala NAICO Malaysia mengesahkan penyertaan sebagai rakan kerjasama strategik.

Kementerian Pertahanan (MINDEF) dalam kenyataan menyebut penyertaan awal bagi dua pameran itu mencerminkan tahap keyakinan yang semakin kukuh daripada industri pertahanan dan aeroangkasa global terhadap keupayaan Malaysia sebagai penganjur pameran pertahanan bertaraf antarabangsa.

“Perkembangan ini mengukuhkan lagi kedudukan LIMA’27 dan DSA & NATSEC Asia 2028 sebagai antara platform pertahanan, aeroangkasa dan keselamatan terkemuka pada peringkat antarabangsa, sekali gus memperluas peluang kerjasama strategik serta menyokong pembangunan industri pertahanan,” menurut kenyataan itu.

Majlis penyerahan kontrak penyertaan LIMA’27 dan DSA & NATSEC Asia 2028 melibatkan syarikat pertahanan antarabangsa tersebut berlangsung di Pavilion Malaysia di Farnborough International Airshow 2026 (FIA 2026) di United Kingdom.

Majlis disaksikan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Lokman Hakim Ali dan Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Muhamad Norazlan Aris.

MINDEF memaklumkan penyertaan di FIA 2026 dijangka meningkatkan penyertaan antarabangsa serta memperkukuh pengiktirafan LIMA’27 dan DSA & NATSEC Asia 2028, seterusnya membuka lebih banyak peluang pelaburan strategik, kerjasama industri serta pemindahan teknologi yang menyokong pembangunan ekosistem industri pertahanan negara.

Dalam pada itu, MINDEF memaklumkan LIMA’27 dan DSA & NATSEC Asia 2028 akan terus berperanan sebagai instrumen strategik diplomasi pertahanan Malaysia dalam memperkukuh hubungan dua hala dan pelbagai hala dengan rakan antarabangsa.

Menerusi platform itu, Malaysia memperluas dialog strategik, memudah cara pembangunan keupayaan, menggalakkan kolaborasi industri serta memperkukuh kepercayaan dan persefahaman dalam kalangan rakan pertahanan.

 
Back
Top
Log in Register