BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

DSA 2026: MINDEF Tawar ICP RM1.4 Bilion Perkasa Keupayaan Industri Pertahanan Tempatan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
c7482065e6af4e5bdfeb635003b230a969e8b0e2b8da1


Kementerian Pertahanan (MINDEF) menawarkan lapan Surat Tawaran Program Kolaborasi Industri (ICP) bernilai RM1.4 bilion kepada empat syarikat tempatan bagi memperkasa dan memantapkan keupayaan industri pertahanan negara.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata empat syarikat terlibat ialah Boustead Heavy Industries Corporation Submarine Engineering Services Sdn Bhd (BSES),  Lumut Naval Shipyard Sdn Bhd (LUNAS), Labuan Shipyard Sdn Bhd dan Preston Shipyard Sdn Bhd.

Beliau berkata pemberian ICP itu bertujuan membolehkan pemindahan ilmu dan teknologi daripada syarikat pengeluar asal (OEM) kepada syarikat tempatan yang layak dengan tumpuan kepada peningkatan keupayaan kerja-kerja penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) kapal perang.

"Apabila mereka mempunyai keupayaan dan kemampuan, tidak perlulah kapal-kapal perang kita dihantar untuk menjalani MRO di pelabuhan atau limbungan di luar negara kerana kita sudah membangunkan keupayaan syarikat sendiri," katanya pada sidang media bersempena majlis menandatangani kontrak dan penganugerahan ICP itu di sini hari ini.

Penganugerahan ICP itu merupakan sebahagian daripada 24 dokumen melibatkan 12 kontrak perolehan dan empat Surat Niat (LOI) yang dimeterai bersempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Keselamatan Negara (NatSec) Asia 2026 dengan nilai keseluruhan berjumlah RM3.542 bilion.

Mohamed Khaled berkata selain sektor maritim, ICP kali ini turut merangkumi latihan penyelenggaraan radar bagi membolehkan syarikat tempatan melaksanakan kerja-kerja menaik taraf sistem radar sedia ada dalam negara.

Beliau berkata langkah itu selari dengan matlamat Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) yang bertujuan membina kemandirian serta mengupayakan industri tempatan supaya mampu menyumbang kepada kedaulatan pertahanan negara secara berperingkat.

"Ini merupakan segmen penting dalam perolehan kita iaitu mensyaratkan syarikat yang memperoleh kontrak supaya memindahkan ilmu yang mempunyai nilai tertentu," katanya sambil menambah kerajaan turut merancang kaedah sama bagi membangunkan keupayaan pengeluaran produk seperti roket, peluru berpandu dan dron pada masa hadapan.

Mengulas mengenai pemilihan syarikat, Mohamed Khaled menegaskan hanya syarikat yang mempunyai  mempunyai keupayaan menyerap teknologi akan dipertimbangkan untuk menerima ICP.

 
Back
Top
Log in Register