combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Industri Pertahanan Tempatan Perlu Terus Diperkukuh - Khaled
Kredit: FB - Khaled Nordin
Pembangunan industri pertahanan tempatan perlu terus diperkukuh bagi mengurangkan kebergantungan negara kepada import, serta meningkatkan keupayaan pengeluaran dalam negara, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Beliau berkata syarikat tempatan mempunyai potensi untuk memenuhi keperluan peluru negara, termasuk bagi kegunaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Mohamed Khaled berkata demikian selepas mengadakan lawatan industri ke kilang KETECH Asia Sdn Bhd di Kuala Lipis, Pahang, hari ini.
Beliau berkata syarikat itu kini mengeluarkan peluru berkaliber 5.56 milimeter (mm) dan 9mm, yang memenuhi piawaian global berasaskan standard NATO.
“Saya turut diberi taklimat mengenai hala tuju pembangunan syarikat yang meliputi pengeluaran peluru 7.62mm dan 12.7mm, pembangunan bahan pendorong, serta pengeluaran artileri berat,” katanya menerusi hantaran di laman media sosial rasmi beliau.
Mohamed Khaled berkata usaha membangunkan komponen tempatan perlu dipergiat, bagi memastikan keseluruhan rantaian bekalan industri pertahanan dapat dibangunkan di dalam negara.
Beliau berkata kerjasama strategik dengan institusi pengajian tinggi dalam aspek penyelidikan dan pembangunan (R&D) penting, bagi menyokong pembangunan teknologi pertahanan tempatan yang lebih berdaya saing dan berdikari.
Mohamed Khaled berkata usaha itu selaras dengan matlamat kerajaan dan Kementerian Pertahanan menerusi Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN), untuk memperkukuh industri pertahanan tempatan, memenuhi keperluan strategik negara serta meletakkan Malaysia sebagai sebahagian daripada rantaian bekalan global dalam industri pertahanan.