BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penyertaan DSA & NatSec Kekal Kukuh, 30 Negara Sahkan Penyertaan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
54dd96dc32c28a2ccc2e0be8a4f77dfe69b921428827c

Pengarah Eksekutif DSA Exhibition and Conference Sdn Bhd, Nadzeem Abdul Rahman. (Kredit: DSA Exhibition and Conference)

Masih awal untuk menilai impak perkembangan geopolitik semasa di Asia Barat terhadap penyertaan pempamer dan delegasi antarabangsa dalam Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Keselamatan Negara (NatSec) Asia 2026.

Pengarah Eksekutif DSA Exhibition and Conference Sdn Bhd Nadzeem Abdul Rahman berkata ketika ini penyertaan daripada industri pertahanan antarabangsa kekal kukuh dengan pengesahan penyertaan pavilion daripada 30 negara serta pelbagai syarikat pertahanan tempatan dan antarabangsa.

“Penyertaan pavilion antarabangsa yang telah disahkan termasuk dari Turkiye, China, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Amerika Syarikat (AS), Itali, Perancis, Korea Selatan, India, Kazakhstan, Indonesia dan Singapura.

“Pihak penganjur terus bekerjasama rapat dengan semua pempamer dan delegasi bagi memudah cara penyertaan mereka serta memastikan kelancaran perancangan pameran,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata antara syarikat pertahanan utama yang telah mengesahkan penyertaan ialah DEFTECH, ASELSAN, Turkish Aerospace Industries Inc., MILKOR, FNSS Savunma Sistemleri, Team Defence Australia, Airbus Group, BrahMos, Beretta Defense Technologies (BDT), Weststar Defence Industries dan MBDA.

Turut mengesahkan penyertaan ialah syarikat Mindmatics, Hyundai WIA Corp., Kongsberg, ATLA Japan MOD, LIG Nex1, Glenair Inc., Fincantieri, Nurol Makina, HAVELSAN, CANiK Arms, FN Herstal dan Naval Group.

Dalam pada itu, Nadzeem berkata sasaran untuk menarik kehadiran 50,000 pelawat dan 500 delegasi VVIP dari 70 negara masih dikekalkan dengan persiapan pameran berjalan mengikut perancangan.

Sebagai penganjur, pihaknya optimis dan yakin dalam mengurus situasi dinamik serta tidak menentu berdasarkan pengalaman hampir empat dekad mengendalikan acara berkenaan.

“Kami juga telah melalui pelbagai cabaran global sebelum ini termasuk ketika pandemik COVID-19, dengan DSA dan NatSec tetap berjaya dilaksanakan dan menerima kehadiran pelawat serta penyertaan industri yang memberangsangkan.

 
Back
Top
Log in Register