BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Belanjawan 2027: KKR Mohon Peruntukan Lebih Besar, Harap Kekal Penerima Utama DE

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,764
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,764
Reaction score
289
Points
146

Belanjawan 2027: KKR Mohon Peruntukan Lebih Besar, Harap Kekal Penerima Utama DE​

952ab1b4723761bb61b4d1976b7381426a8543086d73b

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Sri Dr Ahmad Maslan berucap pada Majlis Pra Perlancaran 13th MRC 2026 di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Kementerian Kerja Raya (KKR) memohon peruntukan lebih tinggi dalam Belanjawan 2027 berbanding tahun sebelum ini bagi memastikan agenda pembangunan infrastruktur negara terus diperkasa.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Dr Ahmad Maslan berkata kementerian itu berharap untuk terus kekal sebagai antara penerima utama agihan Perbelanjaan Pembangunan (DE) dalam belanjawan tahunan kerajaan.

“Saban tahun daripada 28 kementerian, KKR diperuntukkan bajet pembangunan terbesar. Sebagai contoh bagi 2026, daripada RM81 bilion keseluruhan DE, hampir RM9.6 bilion atau 10 peratus diperuntukkan untuk KKR.

“Jadi, kami harap akan terus memegang tampuk utama DE. Kami juga sudah memohon peruntukan lebih berbanding tahun lepas, namun kami serah kepada Kementerian Kewangan. Mereka juga mungkin ada kekangan tertentu seperti subsidi yang meningkat, kami faham,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan majlis prapelancaran Persidangan dan Pameran Jalan Malaysia ke-13 serta Kongres Persekutuan Jalan Antarabangsa (IRF) Wilayah Asia-Pasifik keenam di sini hari ini.

Ahmad berkata perkara berkenaan juga antara yang diperincikan dalam pertemuan beliau bersama Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Johan Mahmood Merican di Putrajaya semalam.

Beliau ketika mengulas mengenai penganjuran persidangan itu berkata ia bakal membuka ruang lebih luas untuk mengembangkan teknologi serta inovasi kejuruteraan jalan tempatan ke peringkat antarabangsa.

Ahmad berkata persidangan bertemakan “Transforming The Nation Through Future Ready Roads” itu mencerminkan komitmen Malaysia dalam menyediakan infrastruktur jalan raya yang berdaya tahan, mampan dan selari dengan landskap pembangunan masa hadapan.

“Sebanyak 111 ruang pameran akan disediakan sepanjang persidangan bagi mengetengahkan produk dan teknologi terkini sektor berkaitan.

 
Back
Top
Log in Register