BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Belanjawan 2027: LKIM Harap Subsidi Nelayan Kekal, Peruntukan Jeti Dan Akuakultur Ditambah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,151
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,151
Reaction score
346
Points
141

Belanjawan 2027: LKIM Harap Subsidi Nelayan Kekal, Peruntukan Jeti Dan Akuakultur Ditambah​

dd3b1f887ea0576a21c346dcbbab60716a841a3786cb0

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Muhammad Faiz Fadzil (tengah) menyerahkan replika kunci rumah kepada nelayan, Rozi Abd Wahab, 46, (empat, kanan) pada Majlis Penyerahan Bina Baru Rumah Nelayan di Kampung Bukit Kuang hari ini.

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) berharap kerajaan mengekalkan subsidi dan insentif kepada nelayan khususnya subsidi minyak dalam Belanjawan 2027 bagi memastikan sektor perikanan terus berkembang.

Pengerusi LKIM Muhammad Faiz Fadzil berkata walaupun berdepan kekangan kewangan susulan krisis tenaga global, pihaknya yakin kerajaan berkemampuan untuk mengekalkan subsidi minyak bagi nelayan serta bantuan berkaitan sara hidup golongan itu.

Beliau berkata LKIM turut berharap peruntukan lebih besar disediakan bagi pembangunan dan menaik taraf infrastruktur perikanan, terutama jeti uzur serta kompleks pendaratan ikan yang memerlukan pembaikan.

"Keperluan nelayan di beberapa pangkalan adalah kepada jeti yang lebih baik dari sudut pembinaannya. Jadi kita minta peruntukan lebih berkaitan dengan pembinaan jeti," katanya selepas Program Rahmah Mesra MADANI Pengerusi LKIM Bersama Nelayan Kuala Kemaman dan Penyerahan Bina Baru Rumah Nelayan di Kompleks Perikanan LKIM Kuala Kemaman di sini hari ini.

Muhammad Faiz berkata tumpuan turut perlu diberikan kepada pembangunan sektor akuakultur bagi membantu nelayan dan persatuan nelayan meningkatkan sumber pendapatan.

"Saya mengharapkan peruntukan yang lebih pada bidang akuakultur supaya dapat kita bangunkan bidang akuakultur ini dalam kalangan nelayan dan persatuan nelayan. Itu antara fokus kita tahun depan," katanya.

Dalam pada itu, Muhammad Faiz berkata LKIM turut memohon peruntukan tambahan bagi pembinaan lebih banyak unjam dan tukun sebagai kawasan pembiakan dan perlindungan ikan.

"Kita perlukan juga lebih banyak unjam ataupun tukun dan saya minta peruntukan yang lebih daripada kerajaan supaya kita dapat bina rumah-rumah sumber ikan ini untuk pembiakan ikan dan memudahkan nelayan meningkatkan tangkapan," katanya.

Beliau berkata pada masa ini kira-kira 80,000 nelayan yang aktif turun ke laut membabitkan Zon A, B, C dan C2 di seluruh negara.

 
Back
Top
Log in Register