BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Akan Usaha Bantu Anak Muda Depani Pelbagai Isu - PM Anwar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,141
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,141
Reaction score
346
Points
141

Kerajaan Akan Usaha Bantu Anak Muda Depani Pelbagai Isu - PM Anwar​

b9a807cb7374f469d8d07bef816afed36a87063611696

ea542e84cb8ce2a0d42f12e830c04c2b6a87065876bda

a07b27c896bd97e023e83906e362c7f96a8706c58cc7b

d429a0e03abccd8429e23ae8b7981d3a6a87067d58c42

6a9e14392acfe0579dd0c998f3c1e5836a8706f5f148e

Kredit: FB Anwar Ibrahim

Kerajaan akan berusaha sebaik mungkin dalam kemampuan yang ada untuk membantu golongan muda mendepani pelbagai isu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi hantaran di Facebook malam ini, beliau berkata komitmen itu dizahirkan selepas mendengar pandangan dan nasihat anak muda dalam pelbagai perkara pada Sesi Temu Anwar dan Majlis Perasmian Himpunan Anak Muda (HAMKA) Antarabangsa 2026 di Klang, Selangor hari ini.

“Hari ini, anak muda berdepan dunia yang semakin kompleks dengan perbezaan pandangan dan pertembungan idea adalah lumrah, namun ia perlu dipandu oleh ilmu, hujah dan adab, bukan sentimen, kebencian atau kepentingan kelompok.

“Saya mendengar pandangan dan nasihat anak-anak dalam pelbagai perkara dan insya-Allah kita akan berusaha sebaik mungkin dalam kemampuan yang ada untuk membantu anak-anak muda daripada pelbagai isu,” kata beliau.

Mengenai HAMKA, Perdana Menteri berkata nama himpunan itu mengingatkan beliau kepada ulama dan sasterawan Abdul Malik Karim Amrullah yang terkenal sebagai pemikir, “singa podium” dan pahlawan pena.

Beliau berkata karya serta pemikiran tokoh itu meninggalkan kesan besar kepada generasi muda dan mengajar mengenai pentingnya ilmu, keberanian menyatakan pandangan serta keterbukaan dalam mencambah idea.

 
Back
Top
Log in Register