BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Teruskan Rundingan Tarif Berkaitan Isu Buruh Paksa Dengan AS - PM Anwar

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Kerajaan Teruskan Rundingan Tarif Berkaitan Isu Buruh Paksa Dengan AS - PM Anwar​

e0c29252babfb1742d896b8f5d6ed3d06a62feb1e816e

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab pertanyaan media selepas menghadiri Program Semarak Kenegaraan di Hangar Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) Port Dickson hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan terus mengadakan rundingan dengan Amerika Syarikat (AS) berhubung tarif baharu berkaitan isu buruh paksa sekiranya keputusan yang diterima masih belum memuaskan.

Beliau berkata kerajaan mengambil maklum mengenai pengumuman terkini oleh AS berkaitan kadar tarif itu dan melihatnya sebagai perkembangan yang melegakan berikutan kadarnya secara relatif adalah rendah.

Bagaimanapun, Anwar berkata rundingan lanjut akan diteruskan untuk memastikan kepentingan negara terus terpelihara.

“Perundingan diteruskan oleh Datuk Seri Johari Abdul Ghani (Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri). Kalau kita tidak dapat jawapan yang memuaskan, kita akan bangkitkan lagi.

“Sekurang-kurangnya, kita rasa lega kerana tarif secara relatif adalah rendah berbanding kebanyakan negara lain,” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri Program Semarak Kenegaraan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Malek Razak Sulaiman, Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Azhan Md Othman dan Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari.

Media melaporkan Malaysia merupakan antara negara ASEAN yang dikenakan kadar duti terendah sebanyak 10 peratus di bawah tarif baharu Seksyen 301 AS susulan kegagalan melaksanakan dan menguatkuasakan secara berkesan larangan import barangan yang dihasilkan menggunakan buruh paksa.

Selain Malaysia, Kemboja dan Indonesia turut dikenakan kadar duti 10 peratus, menurut kenyataan Wakil Perdagangan AS (USTR) Duta Jamieson Greer.

USTR memaklumkan tindakan itu diambil di bawah Seksyen 301 Akta Perdagangan 1974 terhadap 60 ekonomi susulan siasatan mendapati mereka gagal melaksanakan dan menguatkuasakan secara berkesan larangan import barangan yang dihasilkan menggunakan buruh paksa.

 
Back
Top
Log in Register