combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
PM Anwar Ambil Alih Pantau Isu Berkaitan Masyarakat India
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada Sesi Ramah Mesra Bersama Komuniti India di sebuah hotel hari ini.
Turut hadir, Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil dan Menteri Sumber Manusia merangkap Naib Presiden PKR Datuk Seri R. Ramanan.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan mengambil alih dan memantau semua isu berkaitan dengan masyarakat India bagi memastikan kebajikan serta kepentingan komuniti itu terus terbela.
Beliau berkata langkah itu bukan bermaksud mengurangkan peranan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan, sebaliknya untuk memperkukuh penyelarasan dasar yang melibatkan masyarakat India di peringkat kerajaan.
Anwar berkata penyelarasan itu meliputi pelbagai aspek termasuk pembiayaan menerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), skim jaminan pembiayaan serta pelbagai program pembangunan ekonomi dan kebajikan masyarakat India.
“Selama ini saya sudah minta Ramanan jaga tetapi mulai sekarang, bukan sahaja MITRA (Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia), malah semua isu berkaitan masyarakat India akan saya ambil alih dan pantau sendiri.
“Sudah tentu Ramanan akan terus melaksanakan tugas dan program yang diputuskan tetapi saya sendiri akan memastikan isu masyarakat India diberi perhatian sewajarnya,” kata beliau ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra PMX Bersama Komuniti India di sini malam ini.
Turut hadir, Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil dan Ramanan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta tokoh masyarakat setempat.
Perdana Menteri berkata penglibatan beliau secara terus dibuat selepas menerima pelbagai rayuan serta aduan daripada masyarakat itu berkenaan cabaran dan isu yang dihadapi mereka.
Beliau memberi jaminan pimpinan sedia ada termasuk Ramanan akan terus bersama-sama bekerja memastikan kebajikan komuniti itu terus terbela.
“Saya mengumumkan malam ini kerana banyak sangat rayuan dan aduan daripada masyarakat India, Perdana Menteri juga akan bertangggungjawab menguruskan hal ehwal masyarakat India bermula sekarang,” kata beliau.