BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Masyarakat India Tidak Akan Dipinggir Dalam Agenda Pembangunan Negara - PM Anwar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Masyarakat India Tidak Akan Dipinggir Dalam Agenda Pembangunan Negara - PM Anwar​

1f5f4c9ca7275ab5d730bdbc1aa1e43c6a996c632c54d

fb Anwar Ibrahim

Masyarakat India tidak akan sesekali dipinggirkan dalam agenda pembangunan negara dengan Kerajaan MADANI akan terus memperluas pelbagai ikhtiar bagi meningkatkan taraf hidup komuniti itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata usaha itu termasuk memperluas akses pembiayaan kepada usahawan, memperkukuh Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), memperkasakan latihan keusahawanan serta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) selain membuka lebih banyak ruang pembangunan belia menerusi program mentor-mentee.

Perdana Menteri hari ini meneruskan siri libat urus bersama pimpinan masyarakat India bagi meneliti kemajuan pelaksanaan agenda Kerajaan MADANI, di samping mendengar pandangan serta keresahan yang masih membelenggu komuniti itu.

“Pelbagai ikhtiar telah digerakkan dalam bidang pendidikan, keusahawanan, pembiayaan mikro, kebajikan dan bantuan tunai bagi meringankan beban keluarga serta meningkatkan taraf hidup,” kata beliau dalam hantaran Facebook malam ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata segala kelompongan yang masih wujud termasuk berkaitan kemiskinan, kewarganegaraan dan akses kepada bantuan mesti ditangani dengan segera dan berkesan.

Beliau turut menggesa kementerian dan agensi berkaitan memperkukuh sinergi serta memperkemas penyampaian bagi memastikan setiap peruntukan dan dasar yang digerakkan benar-benar sampai kepada kumpulan sasaran dan membawa perubahan nyata dalam kehidupan rakyat.

 
Back
Top
Log in Register